• Rashidah Ibrahim

10 Artis Bersantai di Pusat Rekreasi Lubuk Timah



Acara persembahan pentas sempena Promosi Tahun Melawat Perak 2017 Bersama Artis di pusat rekreasi Bukit Timah Hot Spring, Simpang Pulai, Ipoh, Perak, turut menarik minat kumpulan penonton dari kalangan orang Asli dari sekitar tempat itu.

Bukit Timah Hotspring melalui pengarah program, penyanyi Shidee, membawa sekumpulan artis seramai 10 orang untuk menjayakan Promosi Tahun Melawat Perak 2017. Mereka termasuk Ayu One in a million, Salwa Abdul Rahman, Rohana Jalil, Royce Saayan, Sheera Harrtawan, Syeera Mentor Milenia 2017, Seri Kilauan Emas Musim Ketiga, Ibnor Riza, Hail Amir dan Man Raja Lawak 5.


Persembahan pentas diadakan dua hari, lagu-lagu hits lama zaman seawal tahun 60, 70-an dan 80-an termasuk irama rock menjadi pilihan mereka untuk didendangkan.

Sheera Harrtawan dan Royce Saayan bagaimanapun menyampaikan kebanyakan lagu rentak rock, sementara yang lain mendendangkan lagu popular masing-masing dengan iringan muzik band Rafflesia.


Menariknya, persembahan artis diselang dengan nyanyian daripada ahli keluarga pemilik pusat rekreasi itu, Datuk Wira Mohd Yusoff Kassim. Kebolehan ramai ahli keluarga beliau menyanyi pelbagai lagu, mencuit hati penonton. Pengarah Urusan Pusat Rekreasi Lubuk Timah Sdn Bhd, Fadzil Akhma Datuk Wira dan isteri, turut menyumbangkan lagu.

Penyanyi, Sheera Harrtawan mengacara majlis persembahan hari pertama sementara hari kedua, digamatkan dengan telatah lucu pengacara Man Raja Lawak 5.


Lagu-lagu menggegarkan pentas antaranya, Kopi Dangdut, Perawan atau Salwa dan Gelora oleh penyanyi Salwa, Cenderawasih dan Mimpi Yang Tidak Sudah (Ibnor Riza), Bossanova dan Rayuanku (Rohana Jalil), Kun Anta dan Anak Kampung (Ayu On In A Million), Katakanlah Rohana Jalil dan Hail Amir), Wajah Kesayangan Hamba (Hail Amir), kesemuanya memeriahkan lokasi itu.

Selain persembahan pentas artis, program dua hari pada 11 dan 12 November itu, turut dimeriahkan acara sukaneka, poco-poco dan senamrobik membabitkan wakil media dan ahli kelab motosikal berkuasa tinggi didatangkan oleh Anita Entertainment & Production ((AEP) /Anita Bikers Club (ABC), melalui siri Santai Selebriti.


Kehadiran kira-kira 800 ahli daripada pelbagai kelab motosikal berkuasa tinggi termasuk ahli ABC, Bodyguard Motor & Escort Team,Yeop Chopper dan banyak lagi bersantai di Bukit Timah Hotspring, sekali gus menjayakan program Promosi Tahun Melawat Perak 2017.


https://www.facebook.com/search/top/?q=pusat.rekreasi.lubuk.timah

Instagram: prelut_lubuktimah

Masuk berbayar:

Keterangan lanjut: 019-244 9056 (Puan Hazarina)'

013-433 5361 (Encik Fansuri)

#shidee #rohanajalil #ayuoneinamillion #salwaabdulrahman #manrajalawak #sheeraharrtawan #roycesaayan

19 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: