• Rashidah Ibrahim

AMALAN HARIAN YANG TIDAK HARUS DITINGGALKAN UNTUK MENUJU SYURGA ALLAH

AMALAN HARIAN YANG TIDAK HARUS DITINGGALKAN UNTUK MENUJU SYURGA ALLAH






1. Pertama jangan tinggal solat fardu lima kali sehari dan jangan tinggal semua solat sunat. -

Solat dimaksudkan ialah solat sunat, tahjud dan duha.

Solat duha membawa rezeki dan keberkatan. Tanda kita berkat, ialah orang lain boleh tumpang makan harta kita. Apabila tetamu masuk ke rumah beriman, dia masuk bersekali seribu rahmat dan seribu keberkatan seandai orang yang datang itu kita beri makan dan minum.

Solat tahjud- menerangi kubur, terang benderang seperti matahari yang baru terbit.



2. Kedua, sentiasa berdamping dengan Quran - jangan tinggal

Sehari sekurangnya 100 ayat. Nak tidur baca quran, kelak pada hari kiamat amalan itu menjadi syafaat kapada kita. Sebelum tidur setiap hari amalkan baca tiga ayat ini - al Mulk, al Waqiah dan Al Sajadah.

Al Mulk menerangi kubur dan memudahkan kita sewaktu berhadapan dengan mungkar nangkir.

Sewaktu subuh baca surah Yasin.





3. Jangan tinggal zikir


Zikir 100 x Ya Allah, tahlil: Laillahillah 300 x

Selawat 100 x

Istighfar 100 x


4. Jangan kurangkan sedekah.

Di akhirat, kalau kita bagi kamu air segelas pada seseorang pun Allah kira, jadi amalkan tabiat bersedekah. Bersedekah tidak semestinya dalam bentuk duit, beri makanan pun dikira sedekah. Sedekah satu cara untuk sihat badan dan panjang umur.



RUJUKAN.

Video ceramah


Ustaz Ismail Kamus



59 views

Recent Posts

See All

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: