• Rashidah Ibrahim

Ayam Panggang Galito's Dari Afrika Selatan - Enak Berperisa, Segar dan Lembut, Kini di Malaysia.


Setiap ketulan besar. Gebu, lembut dan menyelerakan. Dengan rasa ayam segar berperencah asli dari Afrika Selatan, ayam panggang Galito’s diperap selama 24 jam sebelum dibakar atas api dan diperenakkan dengan sapuan campuran rahsia herba rempah ratus. Restoran terkemuka dari Afrika Selatan, Galito’s kini dibuka di e-Curve, Kota Damansara, Kuala Lumpur. Ia terkenal dengan ayam panggang-api Galito's Dari Afrika Selatan yang enak Berperisa, segar dan lembut.


Mr Louis Germishuys, dengan hidangan signature, ayam panggang.

Selain sebagai hidangan utama, ayam panggang ini turut dihidangkan bersama menu pembuka selera bertemakan Afrika iaitu Galibowl, Liver and Roll, Cilli Beans dan cip Kentang segar

Restoran dining kasual, Galito’s menjadikan Malaysia negara pertama di Asia Tenggara untuk memasarkan makanan enaknya.

Ri-Yaz Global Food adalah pemegang induk francais untuk Galito’s di Malaysia, begitu juga di Singapura dan Indonesia. Ia diasaskan oleh Louis Germishuys yang cenderung untuk berkongsi cita rasa terbaik dari Afrika Selatan dengan masyarakat dunia.

“Kami bukan sahaja berusaha menyediakan pelanggan cita rasa makanan terbaik dan hebat, tetapi juga memberi layanan sempurna. Dengan kehebatan rasa ayam pangang-api dan harga berpatutan, kami yakin pilihan makanan di Galito’s menjadi kegemaran rakyat di negara ini,” ujar Louis Germishuys lagi.


Pengasas Galito's, Louis Germishuys turun padang menunjukkan kaedah memasak Ayam Panggang-Api Galito's.

Dengan rasa enak, harga berpatutan dan layanan memuaskan, rakyat Malaysia akan dipastikan mendapat rasa asli dari Afrika Selatan di Galito’s.” ujar Pengarah Urusan Kumpulan Ri-Yaz Group, Dato Shahneen Shah pula.

Hidangan signature ayam panggang-api pelbagai saiz dijual pada pilihan harga RM11.50 RM13.90, RM15.90, RM17.90, RM20.90 dan RM23.90. Menu tambahan ialah Ayam hirisan dengan nasi, Burger dada ayam, Pita dan Wraps sementara buat kanak-kanak disediakan Pasta Bebola Daging dan Sosej bersama cip.


Menu Hati (Liver and Port Roll) antara yang enak untuk dicicah dengan roti.


Sejarah

Restoran pertama Galito’s dibuka pada 1996 di Nelspruit, Mpumalanga oleh Louis Germishuys, di Afrika Selatan. Ia berkembang dan mendapat sambutan hebat pada 2003, kemudian meluaskan lagi pasaran dengan memperkenalkan sistem perniagaan francais, seterusnya mencapai kejayaan sehingga ke seluruh Afrika Selatan.

Selepas 10 tahun di pasaran Afrika Selatan, ia mengembangkan sayap ke negara lain dalam benua Afrika pada 2006 dan kemudian berjaya menembusi lima pasaran di Afrika dalam tempoh kurang dari empat tahun dan pada 2010, membuka restoran pertama di luar benua berkenaan, iaitu di Toronto, Kanada.

Setakat ini, terdapat 150 restoran di 15 negara di empat benua.

[Dari kiri ke kanan]

Pengarah Urusan Kumpulan Ri-Yaz, Dato’ Shaheen Shah, Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan di Malaysia, Samkelisiwe Mhlanga, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Galito’s, Louis Germishuys dan Ketua Pegawai Eksekutif Ri-Yaz Global Food Brands, Ian Cruddas, di majlis pelancaran outlet pertama jenama Galito’s di Malaysia (di pusat beli-belah e-Curve).


GaliBowl (nasi campur ayam dan bayam), salad, burger dan chip.

#Galito39s #Galito39sdieCurve #KotaDamansara #Dato39RiYazGroup

22 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: