• Rashidah Ibrahim

Bahulu Kuih Tradisional, Popular Sepanjang Zaman



Bahulu bentuk cermai

Sejenis makanan tradisional orang Melayu yang popular terutama pada hari raya dan hari-hari keraian di kalangan masyarakat berkenaan, baulu atau bahulu memang tidak asing sejak dahulu hinggalah sekarang. Ia masih menjadi kuih kesukaan dan kini mudah didapati di kedai. Tidak salah kalau dikatakan, bahulu kuih tradisional, popular sepanjang zaman.

Nama baulu atau bahulu dikatakan mengambil singkatan daripada nama Ba Ulu, Buah Hulu atau Buah Ulu. Penggelaran nama yang pelbagai itu mungkin berikutan revolusi perkataan dan istilah. Apa pun perkataan berkenaan berkait dengan nama `hulu` iaitu arah tempat yang merujuk kepada hulu dan hilir sungai. Apa pun yang pasti, bak tertera sebagai tajuk, Bahulu Kuih Tradisional, Popular Sepanjang Zaman.

Masyarakat pada zaman dahulu tinggal bertumpu di kawasan sungai, apabila ingin merujuk kepada arah atau tempat, mereka akan menyebut sama ada dari hulu atau dari hilir.

Orang yang berada di hulu sungai dipercayai yang pertama mencipta kuih bahulu. Kuih ini lumrahnya dijadikan makanan buah tangan pada hari keraian terutama hari raya dan perkahwinan, sehinggalah pada masa ini. Bukti Bahulu Kuih Tradisional, Popular Sepanjang Zaman.

Dikatakan pada masa dulu, mereka menyebut makanan itu sebagai `buah tangan dari hulu` dan lama kelamaan sebutan itu dipercayai diringkaskan menjadi baulu atau bahulu.


Bahulu kegemaran ramai

Proses membuat kuih bahulu pada zaman dahulu sama juga seperti kebanyakan kuih lain, mengambil masa lama dan rumit. Ia bermula dengan kerja memukul telur sehingga kembang secara manual menggunakan alat pemukul khusus, diikuti mengadun dengan cara dikacau bersama tepung dan gula pasir sebelum dituangkan ke dalam acuan dan dibakar.

Kerja membakar memerlukan api bara terkawal dari bawah dan atas. Peringkat membakar merupakan cabaran kerana perlu tahan menghadapi bahang panas bara selain menahan asap.

Teknologi moden membawa kaedah yang lebih mudah untuk membakar bahulu iaitu dengan menggunakan ketuhar dan mengadun bahan menggunakan mesin. Tidak lagi menggunakan arang dan tiada lagi masalah asap. Ketuhar juga boleh didapatai dalam saiz besar. Berikutan itu, pengeluaran bahulu boleh dilakukan secara banyak dan pantas. Dengan itu juga, ia boleh dihasilkan secara komersial, justeru boleh didapati dengan mudah di pasaraya pada bila-bila masa.

Kuih bahulu ada tiga jenis iaitu kuih baulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.


Bahulu dijual dalam bekas plastik, laris di pasaran.

#bahulu #bahulucermai #baulu #bahulukuihbudaya #kuihtradisional #kuihpopular

1,515 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: