• Rashidah Ibrahim

Cuti-Cuti Merdeka Cuti-Cuti Malaysia: Teroka destinasi menarik yang jarang dikunjungi.


Menjelang Hari Kemerdekaan 31 Ogos lalu, admin menerima satu emel daripada 3M, mengandungi artikel mengenai destinasi libur di dalam negara, berjodol

Cuti-Cuti Merdeka: Terokai Destinasi Baharu.


Disebabkan sambutan hari kemerdekaan telahpun berlalu, maka bolehlah dipanjangkan Cuti-Cuti Merdeka kepada Cuti-Cuti Malaysia pula. Kalangan peminat kembara dan warga Malaysia, bolehlah menjelajah ke destinasi menarik yang jarang dikunjungi seperti disarankan di bawah ini.


Baik pada musim Cuti mahupun tidak, anda boleh meremajakan diri dengan bercuti bersama ahli keluarga serta rakan taulan di tempat terpilih. Kali ini mungkin anda boleh mengunjungi destinasi yang lain daripada lain.


Umum tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara kaya dengan pelbagai warisan dan budaya, serta destinasi menarik untuk diterokai. Jadi, inilah peluang anda untuk mengungkapkan perasaan cinta dan semangat patriotik terhadap Malaysia dengan menjelajah destinasi jarang diterokai di dalam negara, dan pada masa sama, pastikan membawa kelengkapan yang diperlukan bersama!




1. Telaga Tujuh, Langkawi

Kredit: CEphoto, Uwe Aranas


Telaga Tujuh yang terletak di Langkawi dianggap sebagai formasi air terjun tercantik di pulau itu. Terkenal dengan air yang jernih, Telaga Tujuh adalah destinasi wajib dikunjungi, terutamanya bagi pencinta alam dan mereka yang menggemari aktiviti mengembara.


Apa yang perlu dibawa:


Denai yang didaki agak mencabar dan mungkin mengakibatkan kecederaan kecil Justru seelok-eloknya bawa kit pertolongan cemas serta kelengkapan penting lain seperti kasut kembara, air, makanan dan pembalut luka, 3M™ Nexcare™ Clear Waterproof Bandages kerana ia memastikan luka anda dapat dilitup dengan sepenuhnya. Anda juga boleh mendapatkan Nexcare™ Tattoo Waterproof Bandages yang hadir dalam pelbagai warna dan rekaan yang sesuai untuk kanak-kanak jika mereka turut ikut bersama.






2. Pantai Tusan Cliff, Sarawak


Kredit: Borneo Travel Network


Sekiranya anda teringin melancong ke Maldives, jangan runsing kerana di tanah air kita sendiri, terdapat destinasi persis Maldives yang anda boleh kunjungi.

Terletak hanya 40 kilometer dari Bandar Miri, Pantai Tusan Cliff atau lebih dikenali sebagai pantai ‘Blue Tears’, menawarkan pemandangan indah.


Destinasi ini mula mencuri perhatian sejak beberapa tahun lalu dek keindahan ombak birunya yang menawan disumbangkan oleh kehadiran organisma fitoplankton. Pesisir pantai Tusan juga popular dalam kalangan penduduk tempatan serta peminat fotografi oleh kerana keindahan landskap dan pemandangan matahari terbenamnya yang memukaukan para pengunjung.


Apa yang perlu dibawa:


Memang seronok meluangkan masa di tepi pantai, namun kita sering kurang selesa apabila pasir pantai mula melekat pada tubuh badan dan pakaian kita. Namun, jangan khuatir, dan amalkan petua ini! Gunakan bedak talkum untuk membilas pasir yang melekat pada kulit tubuh anda.



3. Hutan Simpan Royal Belum, Perak.

Kredit: Belum Temenggor Facebook


Berusia 130 juta tahun, Hutan Simpan Royal Belum adalah salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia yang menjangkaui usia hutan hujan Kongo dan Amazon!

Saksikan Harimau Malaya, Beruang Madu Malaysia, serta Tapir Malaya dalam habitat semula jadi mereka sambil menyusuri Sungai Papan. Jadi, jika anda belum pernah menyaksikan binatang-binatang eksotik ini, maka inilah masanya! Bulan Ogos juga waktu sesuai untuk menyaksikan migrasi ratusan kawanan burung Enggang Papan di kawasan ini.


Apa yang perlu dibawa:


Pastikan bawa bersama kit pertolongan cemas, penangkis nyamuk dan kasut yang selesa dipakai untuk aktiviti kembara. Cuaca di Malaysia juga agak tidak menentu, justeru, jika hujan mula turun ketika anda sedang menyusuri denai, pastikan anda bawa bersama baju hujan untuk dipakai ketika perlu. Jangan lupa melindungi peralatan anda dengan Scotchgard™ Fabric Protector kerana ia membantu menangkis bahan cecair serta kotoran pada masa yang sama.


4. TITI Eco Farm, Negeri Sembilan


Kredit Titi Eco Farm FB

Terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus, TITI Eco Farm Resort ialah tempat sempurna bagi para keluarga yang inginkan percutian bertemakan pertanian. Pusat peranginan ini terbentang luas dengan ukuran 40 ekar dan dipenuhi dengan tanaman sayur-sayuran serta buah-buahan organik.


Di TITI, pengunjung boleh mengasah kemahiran berkebun kerana tetamu boleh menanam dan menuai sayur-sayuran serta belajar sedikit sebanyak tentang pertanian organik. Kanak-kanak juga boleh mengamati kehidupan seorang petani dengan memberi arnab makan, memerhati burung unta dan merasai sayur-sayuran organik yang dipetik di sini.


Apa yang perlu dibawa:


Jangan lupa untuk membawa beberapa salinan pakaian serta sepasang kasut kerana anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk ‘turun padang’ dan bercucuk tanam. Rentetan itu, anda boleh melindungi lengan anda daripada sinaran UV yang berbahaya dengan menggunakan 3M™ UV Cool Arm Sleeves PS2000. Hadir dengan daya penyerapan tinggi, ciri pengeringan serba pantas dan fiber fungsian yang selesa untuk disentuh, ia akan memastikan anda kekal segar sepanjang hari!



5. Bukit Keteri, Perlis

Kredit: Malaysia Travel


Singkapan batu kapur yang terletak di sebuah kampung di Perlis, Bukit Keteri adalah lokasi mendaki tembok yang menjadi tumpuan di rantau utara Malaysia. Jika anda menyukai pengembaraan, maka bersedialah untuk mengharungi cabaran yang disajikan di peringkat awal pendakian disebabkan formasi permulaan bukit tersebut yang melengkung. Kemudian, para pendaki akan berjalan sehingga tiba ke fasa batu kapur yang terdapat pada bukit tersebut. Walaupun bukit ini antara pendakian paling mencabar di Asia, ia pasti berbaloi kerana anda akan dapat mengamati sendiri pemandangan panoramik dan fenomena matahari terbenam yang mempesonakan di puncak bukit tersebut.


Apa yang perlu dibawa:


Jika anda melibatkan diri dalam aktiviti ekstrem seperti pendakian tembok batu, anda harus mengutamakan keselamatan. Jangan lupa bawa peralatan keselamatan seperti abah-abah, helmet dan sarung tangan bersama anda. Aktiviti-aktiviti ini mencabar keupayaan fizikal dan boleh mengakibatkan ketegangan pada otot dan sendi tubuh badan , terutamanya di bahagian lutut. Sehubungan itu, produk 3M™ FUTURO™ Moisture Control Knee Support boleh membantu anda melegakan sakit sendi serta memberikan sokongan dan pemakaian yang menyelesakan untuk pelbagai aktiviti pada bila-bila masa, di mana-mana jua.



6. Lembah Lenggong , Perak

Kredit: Tourism Perak Malaysia


Jika anda meminati dunia arkeologi, maka anda harus mengunjungi Lembah Lenggong yang bertempat di utara Malaysia. Diwartakan sebagai Tapak Warisan UNESCO yang keempat di Malaysia, Lembah Lenggong merupakan antara destinasi paling menarik untuk dikunjungi di negeri Perak. Bukan sahaja kerana kekayaan dan keenakan makanan lautnya, malah kerana anda berpeluang untuk melihat sendiri Orang Perak atau ‘Perak Man’, rangka manusia lengkap yang tertua di rantau Asia Tenggara.


Apa yang perlu dibawa:


Bukan semua pengalaman yang diamati dapat dirangkapkan dengan sekeping gambar sahaja. Jadi, mungkin anda boleh cuba menjurnalkan pengembaraan anda? Lantas, anda boleh membawa buku nota untuk tujuan tersebut. Untuk menambah ragam dan rencah dalam jurnal anda, anda boleh menggunakan Post-it® Super Sticky Note untuk mengisi fakta-fakta menarik tentang tempat yang anda telah kunjungi atau membahagikan jurnal anda dengan kemas.


Anda tidak perlu berasa khuatir dengan kebolehan produk kepingan nota tampal tersebut untuk kekal melekat pada jurnal anda dek kualiti lekatannya yang tinggi. Dan semestinya, anda akan mengunjungi lebih daripada satu lokasi untuk pelbagai tujuan dalam perjalanan anda. Sehubungan itu, untuk membolehkan perancangan anda kekal rapi dan terurus, anda boleh menggunakan Post-it® Flags yang hadir dalam pelbagai warna serta dispenser yang disertakan untuk memudahkan tujuan penggunaan. Anda boleh menandakan kawasan pada helaian peta anda untuk memberi indikasi tertentu agar perjalanan anda menjadi lebih lancar.


Dan, petua terakhir tadi menuntaskan perkongsian ini – destinasi-destinasi menarik tersebut merupakan antara yang jarang sekali dikunjungi di Malaysia! Jadi, semarakkan jiwa kembara anda dan raikan Hari Merdeka kali ini dengan melakukan sesuatu yang berbeza, dan hargai negara tercinta ini dengan sebaiknya bersama keluarga dan rakan taulan!


49 views

Recent Posts

See All

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: