• Rashidah Ibrahim

Google Maps kini dengan 'updates' wajah baru yang lebih fresh


Terkini Google mengumumkan updates untuk Google Maps yang menampakkan design yang lebih 'fresh' dan kemas. Di lengkapi dengan ikon baru dan skema warna yang 'fresh' memudahkan untuk pengguna membezakan kategori. Pemanduan, navigasi, transit, dan eksplorasi peta telah diberikan nafas baru supaya maklumat penting ditunjukkan dengan lebih jelas. Stesen minyak dan stesen keretapo sekarang akan kelihatan lebih menonjol sewaktu navigasi.


(Sumber : Google )

Kini google maps dengan skema warna yang lebih cerah dan ikon yang baru lebih memudahkan untuk pengguna mengenalpasti tempat menarik seperti kafe, masji, hospital dan juga muzium. 'Updates' dari google ini sememangnya memberikan nafas baru memandangkan sebelum ini, peta akan dipenuhi dengan ikon berwarna biru yang sama untuk kedai, kafe, dan pejabat doktor.


Ikon untuk Makanan dan minuman kini berwarna oren; Shopping kekal berwarna biru; merah jambu adalah kesihatan; hijau laut adalah hiburan dan masa lapang;kelabu untuk Perkhidmatan Awam,hijau adalah untuk Outdoor; dan biru cair untuk pengangkutan. Terdapat juga ikon untuk penutupan jalan, pembinaan, dan kemalangan kereta.

Semua peranti Google yang menggunakan Peta akan mendapat kemas kini "selama beberapa minggu akan datang," termasuk Pembantu, carian, Google Earth, dan Android Auto. Semua portal yang menggunakan 'embed' API Peta Google juga akan turut menerima perubahan wajah baru ini.

#google #googlemaps

2 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: