• Rashidah Ibrahim

Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan atau Hari Merdeka?



Kredit gambar: PicsArt

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61 di peringkat kebangsaan berlangsung di Putrajaya semalam dengan sederhana tetapi penuh bermakna.... Bermakna bagi siapa, tentulah bagi kerajaan baru Pakatan Harapan. Ini kali pertama negara menyambut Hari Kemerdekaan di bawah kerajaan baru.

Ada yang rasa gembira dan ada yang melaluinya dengan rasa terkilan. Kenapa terkilan? Sebab negara bukan lagi di bawah pemerintahan kerajaan yang mereka sokong.

Mereka yang berasa rugi itu tentulah daripada kalangan penyokong Umno dan Barisan Nasional, yang memerhati perjalanan kepimpinan lawan dengan penuh tidak rela dan sakit hati.

Selama 61 tahun pemerintahan negara di bawah Barisan Nasional. Bukannya sekejap. Lantaran itu, ada mengaku berperasaan terkilan kerana negara sudah terlepas ke tangan pihak lain.

Sesiapa pun akan berasa terkilan kalau haknya yang sekian lama diambil orang. Namun pemerintahan sesebuah kerajaan, bukanlah hak abadi sesuatu pihak.

Jatuhnya sesuatu kuasa mungkin sebab kesilapan ketua dan pimpinan terdahulu, menyebabkan majoriti rakyat mengalih arah sokongan atau pun kerana pihak satu lagi sudah semakin kuat dan berpengaruh sehingga berjaya memenangi hati rakyat. Sama ada mereka berjaya mencuri hati rakyat dengan cara menabur fitnah atau sebaliknya, Wallahualam.

Apa pun sambutan Hari Kemerdekaan 2018 berlangsung seperti biasa. Sambutan peringkat kebangsaan tahun ini berlangsung di Putrajaya. Mengadakan sambutan di sana, bermakna tiadalah kesesakan di kawasan di Dataran Merdeka tempat kebiasaan diadakan sambutan di peringkat kebangsaan.

Di Putrajaya, pengunjung juga kelihatannya selesa dapat melihat perarakan dengan duduk di bawah bumbung bangunan peneduh yang disediakan. Bangunan itu dibina besar dan memanjang, dapat memuatkan ramai pengunjung yang datang untuk menonton perarakan dan meraikan sambutan Hari Kebangsaan.

Semalam admin terbaca teguran oleh seorang netizen yang menyatakan sebutan Hari Kebangsaan bersempena sambutan Hari Merdeka atau Kemerdekaan itu adalah tidak betul.

Menurutnya, kata akar kepada 'kebangsaan' adalah bangsa. Kalau kita sebut hari kebangsaan bermaksud ia adalah Hari Bangsa... adakah betul perkataan Hari Bangsa itu disebut, sedang yang hendak kita sambut adalah Hari Merdeka?

Admin pun kadang-kadang keliru juga sebab selalu juga perasan perkataan Hari Kebangsaan disebut merujuk kepada mengingati peristiwa Hari Merdeka. Apa pun kita tinggalkah masalah itu kepada pakar bahasa untuk menentukannya.

Setiap tahun, disediakan logo dan tema yang berlainan untuk sambutan Hari Kemerdekaan. Gambar menunjukkan logo sambutan Hari Kemerdekaan 2018, dengan tema “Sayangi Malaysiaku”. Tema tahún sebelum ini 2017 adalah “Negaraku Sehati Sejiwa”.

LOGO 2018


Mari kita imbau logo tahun tahun sebelumnya. Agaknya logo manakah bilakah yang paling menarik?



#HariMerdeka #HariKemerdekaan #HariKebangsaan

0 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: