• Rashidah Ibrahim

Hidangan Selera Kampung di The Qamar


Penat memandu sewaktu berjalan-jalan di negeri Terengganu, singgah seketika di Hotel The Qamar, Paka.

Terletak di kawasan pantai, nama The Qamar diilhamkan daripada perkataan Melayu, ‘Kamar’, bermaksud bilik tidur.

Menawarkan konsep servis penginapan yang selesa gaya resort deluxe, suasana dalaman hotel semestinya selesa.


Udang goreng tepung

Dari segi tema, The Qamar yang terletak di atas kawasan seluas 1.6 hektar menawarkan suasana menggabungkan ciri Malaysia dengan gaya penataan `seperti di rumah tetapi bukan rumah’.


Ikan goreng

Menyediakan perkhidmatan sejak lebih 20 tahun lalu, dengan nama awalnya Residen Resort.

Berada di kawasan pantai yang bersih, kawasan itu adalah syurga hijau dengan keindahan semula jadi. destinasi ideal bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dalam suasana tropika yang subur, tentunya memenuhi kehendak pelancong biasa dan pelancong perniagaan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Bilik penginapan pula direka gaya kontemporari dan dilengkapi dengan perabot moden. Pilihan unit menghadap pantai, kolam renang, atau kampung berdekatan.


Daging kicap

Mempunyai 60 bilik, 16 calet dan banglo persendirian di tepi pantai, ia menyediakan suasana mesra di Malaysia dengan sentuhan eksklusif.

Konsep kehadiran The Qamar di situ sebagai pusat penginapan di celah rumah kampung.

Justeru katanya, hidangan makanan di restorannya juga mengutamakan masakan ala kampung, kata Pengurus Besar Hotel The Qamar, Manan Manaf.


Masak Kari


#makanan #hidanganalakampung #theqamar

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: