• Rashidah Ibrahim

Sehijau Homestay Gombak Batu Caves 013-3310221

Updated: Jun 10, 2019




Jangan keliru apabila melihat gambar-gambar dalaman homestay ini, didominasi warna putih dan biru santorini atau firus, tidak seiring dengan namanya Sehijau. Sebenarnya gelaran `hijau` mengambil sempena suasana luaran atau persekitaran yang dibiasi hijau pokok.


Homestay yang berada di barisan rumah teres dua tingkat ini menghadap bukit yang ditumbuhi pokok menghijau. Suasananya redup lagi santai. Itulah trademark Sehijau.



SEHIJAU Homestay . Anda sedang mencari homestay di sekitar Gombak dengan harga yang berpatutan?


JENIS RUMAH

Penginapan

* Teres 2 tingkat, 2 bilik tidur dan ruang tamu lapang untuk tempat tidur tambahan dan 2 bilik air. Keadaannya, lengkap sebagaimana sebuah rumah.

* Teres 2 tingkat, 2 bilik tidur dan ruang tamu bersekali dapur pantry dan 1 bilik air.

* Teres unit setingkat, 1 bilik tidur dan ruang di luar yang turut menyediakan katil untuk tempat tidur.


Menariknya kesemua unit rumah teres ini boleh digabungkan menjadi dua unit atau satu unit yang besar, mengikut permintaan;

* Sama ada anda mahukan tiga bilik, empat bilik atau lima bilik, akan disediakan mengikut keperluan, pada tahap harga berbeza.


Rujuk bahagian harga dan jenis penginapan yang tertera di bawah.



Rumah teres ini sesuai untuk persinggahan bagi yang ada urusan di sekitar Lembah Klang misalnya untuk menghadiri majlis atau ada urusan seperti perkahwinan, seminar, kursus, mesyuarat konvokesyen, membeli-belah dan menziarah.

Semua kemudahan ada berdekatan termasuk masjid, surau, bank, stesen minyak, tempat makan, pasaraya dan kedai, hanya sekitar 5 minit memandu.

Jarak dengan pusat kota Kuala Lumpur hanya 20 - 30 minit. . . .

LOKASI Taman Seri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor.

Unit tengah, berhadapan bukit menghijau dengan aura desa yang meredupkan. Lantai terazo batuan semula jadi, membias kedinginan. Kehadiran pokok menapis haba panas, justeru suasana selesa dan cosy. Sehijau Homestay, mementingkan kelestarian alam. . . .

TEMPAT TUMPUAN MAKAN Di sini Syurga Makan: Banyak gerai dan restoran di sekitar, hanya kira-kira 5 - 10 minit memandu. Makanan Melayu: Restoran Nur, Restoran Ramli Burger, dll Makanan mamak dan pelbagai selera: Thaqwa (2), Sarina (1), dll. Makanan Siam: Restoran Maisarah, Padi-Padi dan banyak lagi. Makanan Barat: Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Pizza Hut, White Coffee, Coffee Box dll. Makanan Cina: Adam Lai, Mee Tarik Warisan dll. . . .

TEMPAT IBADAT 5 - 10 minit surau dan masjid dan kuil. . . . PUSAT PENGAJIAN 10-20 minit UIAM Gombak, International Islamic College, Kolej Unicop, UniKL BMI Gombak, International Islamic School (IIS) Gombak, Pusat Pengajian Al Amin, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Sek Men Teknik Gombak, Giat Mara Gombak, Giat Mara Selayang, UiTM Selayang, Kolej Komuniti Selayang, TAR College Setapak; UTM, UTM Space dan Pulapol di Jalan Semarak, Institut Kraf Negara Taman Templer, . . .

TARIKAN PELANCONGAN dan REKREASI 5 -30 minit. Taman Tasik Seri Gombak - 4 minit. Hutan Lipur Kancing, Hutan Lipur Lagong di Templer Park, Taman Tasik Metropolitan (Layang-Layang) Kepong, FRIM Kepong, Kompleks Budaya dan Restoran Batu Caves, Zoo Negara Ulu Klang, Muzium Orang Asli Gombak, KLCC, Menara KL, Hot Spring Selayang, Air Terjun Kemensah (15-30 minit). . . .

PUSAT KECERGASAN Terdekat, 4 minit memandu ke * Gua Damai Extreme Park; * Stadium Selayang; * Sinamax Badminton Court dan * KSL Futsal. . . .

PENGANGKUTAN AWAM Hanya 3 minit jalan kaki ke hentian bas untuk ke KL; 3 minit jalan kaki ke hentian bas feeder untuk ke Stesen LRT Gombak. Stesen Komuter Batu Caves (15 minit). . . .

KELENGKAPAN • 2 katil single berlapis (jenis pull-bed mengandungi 4 tilam untuk 4 orang di Bilik 1 di tingkat atas), • 1 katil queen untuk 2 orang di Bilik 2, di tingkat atas. Jumlah 6 orang di tingkat atas • 1 daybed berlapis dengan 2 tilam single di ruang terbuka (ruang tamu) di tingkat bawah. Jumlah tempat tidur untuk 8 org. * tuala untuk 4 orang. Selebihnya atas permintaan • Dapur gas dua tungku * seterika, bod seterika * kipas siling (3) * cerek elektrik * pendingin hawa (air con) di dua bilik tingkat atas dan ruang tamu. * peti ais mini * tuala, gebar/selimut * meja makan 6 orang * meja tulis • sette, side chair dan coffee table di ruang tamu. • sejadah . . .

20 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur.

• Kapasiti 5 - 25 orang (di 3 unit berlainan). • Tempahan – Bayaran penuh. . . . Waktu check in – 3.00 petang Masa check out – 12 tengahari

Harga berpatutan untuk rumah selesa yang memuatkan sehingga 5-7 orang, 8-11 orang, 12-14 orang, 25 orang

Jenis penginapan rumah Sehijau Type Studio (1 Room) RM150 - RM180 (Sehijau Studio) Type Double (2 Room) RM200 - RM280 (Sehijau Culture) Type Family Transform (3 Room) RM300- RM380 (Sehijau Santorini) Type Super Family Transform(4 Room) RM400 - RM450 (SehijauTransform)

Hubungi 013-3310221 (Kak Shida) untuk tempahan

#sehijauhomestay #homestaygombak #gombak #homestay #guadamai#sewarumah

📷

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: