• Rashidah Ibrahim

Hong Kong Disneyland Resort (HKDL), Program Keajaiban Perayaan 2018 dan Karnival Springtime


Tetamu dari Malaysia ke Hong Kong Disneyland (HKDL) dapat menikmati detik-detik penuh keajaiban pada 2018 dengan pelbagai acara, misalnya sempena Tahun Baru Cina. Karnival Disney Springtime, acara istimewa musim panas termasuk Disney Halloween Time dan A Disney Christmas, antara akan di atur meriah di taman tema ini. Selain itu, watak-watak Disney akan muncul dalam pakaian melambangkan perayaan itu bagi menceriakan lagi suasana.


Program perayaan Krismas

Pelan perkembangan HKDL bakal menyaksikan pelancaran beberapa kawasan bertema, tawaran serta hiburan baru setiap tahun sehingga 2023. Perkembangan itu akan merangkumi kisah-kisah Disney paling popular, termasuk Marvel dan Frozen, sekaligus membawa tetamu ke satu alam keajaiban lebih mengujakan.

Bagi menampung kepelbagaian budaya dan kepercayaan tetamu Malaysia, HKDL telah meningkatkan perkhimatannya dari segi makanan, hiburan dan pelbagai tawaran. Tawaran fasiliti resort termasuk sebuah Bilik Sunyi di sebelah Explorer's Club Restaurant di Mystic Point di mana tetamu dan keluarga boleh menikmati waktu bersendirian dengan tenang.


Bilik solat

Di samping itu, Duta Kebudayaan yang fasih dalam pelbagai Bahasa termasuk Bahasa Malaysia, telah ditempatkan di taman tema bagi menghulurkan bantuan kepada para tetamu Malaysia dalam bahasa utama mereka.

Sila rujuk laman web www.hongkongdisneyland.com yang disediakan dalam Bahasa Inggeris, Malaysia dan Cina untuk maklumat terkini resort.

HKDL turut mempertingkatkan tawaran juadahnya yang kini merangkumi makanan dari Timur hingga Barat, termasuk makanan bersijil halal di tiga resort hotel bertema-nya. Tetamu yang menginap di hotel resort juga dapat

membeli-belah secara mudah kerana barangan yang dibeli di taman tema kini dapat dihantar ke hotel mereka tanpa kos tambahan.

Disebabkan jarak dekat Hong Kong dengan mereka, jadual penerbangan yang tetap serta tawaran

penerbangan yang hebat, ramai pelancong Malaysia memilih Hong Kong sebagai destinasi idaman

mereka.

Mengikut kajian Lembaga Pelancongan Hong Kong, semakin ramai rakyat Malaysia memilih

untuk berkunjung ke Hong Kong, sekaligus menyumbang kepada peningkatan sebanyak 1.3% pelawat

dari Malaysia dalam enam bulan pertama pada tahun 2017 http://partnernet.hktb.com/filemanager/intranet/pm/VisitorArrivalStatistics/ViS_Stat_E/VisE_2017/Tourism%20Statistics%2006%202017.pdf

Berdasarkan trend ini, pengunjung Malaysia dapat memanfaatkan pelbagai tawaran waktu terhad bermula dari sekarang hingga 19 November di ejen-ejen pelancongan yang ditetapkan.

Tawaran termasuk pengalaman Play, Shop, Dine dan Stay dari 19 November hingga 31 Mac 2018

melalui Tawaran Hotel Resident untuk tiket selama 2 hari dan penginapan satu malam di hotel resort.


Selain itu, mereka juga berpeluang menikmati Tawaran Play and Shop yang merangkumi satu Tiket Kemasukan Umum Sehari, baucer barangan bernilai HK$50 untuk membeli-belah di kedai-kedai taman teman, serta tawaran beli satu percuma satu bagi popcorn di kereta layan diri.

Para tetamu Malaysia dapat menikmati perayaan Krismas sejati tahun ini di Hong Kong Disneyland

Resort (HKDL), taman tema Disney yang paling hampir dengan Malaysia. Dari 16 N

ovember 2017 hingga 1 Januari 2018, resort ini akan bertukar menjadi satu alam salji, di mana para tetamu dapat mengalami Krismas cerita dongeng yang memukau dari siang hingga malam

#HongKongDisneland #HKDL #Marvel #Frozen #DisneyHalloweenTime #Playandshop

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: