• Rashidah Ibrahim

Kaca Mata Oliver Peoples kini di Paris Miki Malaysia



Pada pagi itu, kedai kaca mata Optique Paris Miki (Paris Miki) di KLCC menjadi tumpuan. Berlangsung satu majlis memperkenalkan jenama kaca mata baru yang dibawa khas oleh Optique Paris Miki di rangkaian kedainya untuk pelanggan.

Sempena ulang tahun ke 88, Optique Paris Miki (Paris Miki) memperkenal jenama baru, Oliver Peoples, kaca mata ciri bergaya, trendy lagi vintage kepada pelanggan.

Jenama Oliver Peoples mula tersohor menerusi pengenalan kaca mata hitam retro aviator besar, dalam industri fesyen pada 2008.

Bekerjasama dengan Paul Smith pada 1994, mengeluarkan rangkaian bingkai cermin mata berwarna dan melancarkan siri kaca mata berfesyen dengan Prada dan Miu Miu pada 1997.

Kaca mata Oliver Peoples disifatkan salah satu item fesyen yang klasik untuk dimiliki.


Sempena majlis itu, Paris Miki menjemput empat selebriti online Malaysia terkemuka, Brian See, Andre Amir, Kittie Yiyi dan Christinna Kuan, yang masing-masing mempunyai pengikut sekitar 50.7 hinnga 186 K.

Mereka memperaga kaca mata terlaris daripada koleksi spring summer Oliver Peoples 18/19 dan berjaya mencuri perhatian hadirin.

Difahamkan, jenama kaca mata Oliver Peoples juga popular di kalangan selebiriti Hollywood berikutan pelakon seperti Jennifer Ariston, Johnny Depp, Demi Lovato, Jessica Alba, Brad Pitt, Kevin Costner dan Tom Hanks dilihat pernah memakainya.

Dengan gaya dan konsep rekaan tersendiri Oliver Peoples, mendorong Optique Paris Miki memperkenalkan jenama berkenaan.

Keunikan dan ketelitian penghasilan kaca mata Oliver Peoples menyerlahkan kontur wajah pemakai, selain disukai kerana keindahan reka bentuk bingkai yang memancarkan gaya, keperibadian dan cita rasa pemakai.


Berharga RM1,350 ke atas, kaca mata Oliver Peoples boleh didapati di kaunter Paris Miki di kebanyakan pusat beli belah seperti Suria KLCC, One Utama, Mid Valley, Pavillion KL dan Jaya Shpping Centre.

Optique Paris Miki diasaskan di Himeji City, Jepun oleh Yoshio Tane pada 1930 . Paris Miki yang tahun ini berusia 88 tahun, muncul salah satu rangkaian kedai optical terkemuka di Jepun dengan lebih 1,000 kedai di 15 negara termasuk Perancis, German, United Kingdom, China dan Asia Tenggara.

"Kepada orang ramai, kaca mata mungkin dianggap aksesori biasa saja tetapi bagi Optique Paris Miki mengganggap kacamata lebih daripada item peribadi, ia adalah juga satu seni," ujar Pengara Urusan OPM Malaysia, Nakano Toru sewaktu berucap di majlis itu.

Menurut beliau lagi, "Pihak kami telah menubuhkan sistem teknikal dan studio diterajui ketua utama kami untuk membangun dan mencipta alat ganti eksklusif, buatan tangan bagi memenuhi keperluan kumpulan-kumpulan yang berbeza."


#kacamataoliverpeoples #ParisMiki #OptiqueParisMiki #pilihankacamata #bergayadengankacamata #cerminmatamewah #bingkaicerminmata #pilihancerminmata

0 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: