• Rashidah Ibrahim

Kampung Umur Panjang di China.

Kerjasama Mengenai Misteri Panjang Umur oleh Media Perdana dari Asean dan Projek Grand Kebajikan Awam untuk Asia Sihat.


Penerokaan Misteri Umur Panjang


Berita kematian disebabkan penyakit berbahaya seperti kanser dan serangan jantung seperti sudah lali kita dengar. Faktor pemakanan dan gaya hidup sering dikaitkan sebagai punca. Kita disogok dengan aneka makanan proses dan segera yang tidak baik untuk kesihatan. Ini bukan hanya berlaku di Malaysia bahkan menjadi masalah di banyak negara lain.


Negara China tersohor sebagai pengeluar pelbagai makanan proses. Sesetengahnya `terlebih kreatif ` dari segi pemerosesan sehingga terhasil makanan tiruan, mengandungi bahan toksid penyebab penyakit berbahaya.

Di sebalik kembimbangan ramai terhadap fenomena itu, satu daerah terpencil di China, terdapat kumpulan penduduk yang terhindar daripada risiko penyakit terutama barah. Di Anhui dan wilayah Barat Daya, iaitu Guangxi ditemui dua penempatan yang diberi jolokan "kampung panjang umur". Ini mengambil sempena ramainya penduduk berusia lanjut di daerah terbabit.


Kajian menunjukkan, tiada seorang pun daripada penduduk di kedua-dua tempat itu disahkan menghidap kanser atau obesiti sejak beratus tahun lalu. Warga emas lelaki mahupun wanita berusia 70 hingga 100 tahun lebih, dilihat masih bekerja di kebun.

Kelebihan itu menarik minat berjuta orang untuk berkunjung destinasi berkenaan bagi melihat sendiri gaya hidup penduduk dan mengetahui rahsia mereka dapat hidup lama.


Pakar asing dan domestik dalam bidang air, nutrisi, kanser dan persekitaran bersama wakil media perdana dari negara Asean, dibawa meneroka kampung Yongfu County di  Timur Laut Wilayah Guangxi melalui program Kesejahteraan Sosial China-Asean “Asia Sihat".

Berlangsung dari 24 hingga 28 April, program itu bertujuan meninjau rahsia penduduknya berusia lanjut.


Dikelilingi panorama alam semula jadi, Yongfu county diberi gelaran `kampung kebahagiaan dan kesihatan yang baik ", “the home of Grosvenor Momordica Fruit”, “the home of Caidiao folk opera”, “Long-live village”, “international showcase of health production” dan “Guangxi base of health industry”.


Statistik rasmi tempatan, melaporkan produk air dan tanah pertanian di Yongfu dilimpahi selenium, nutrisi yang dikatakan membuat mereka kekal sihat dan hidup lama. Dua pertiga daripada tanahnya kaya dengan selenium. Anggaran 1.1 miligram selenium dikesan dalam setiap kilogram tanahnya, iaitu 3.3 kali ganda daripada kadar purata negara.


Salah seorang daripada warga emas yang sempat ditemui dikenali Nenek Jiang, mengaku mempunyai daya penglihatan dan pendengaran jelas walaupun sudah berusia 104 tahun. Katanya tiada rahisa di sebalik panjang umur, hanya melakukan rutin kerja harian, makan makanan ditanam sendiri dan minum teh Memordica Grosvenori yang kaya selenium, selain memakan bijirin tanaman sendiri yang kesemuanya kaya selenium.


Program Kesejahteraan Sosial China-Asean “Asia Sihat" itu adalah Kerjasama Mengenai Penerokaan Misteri Panjang Umur oleh Media Perdana dari Asean dan Projek Grand Kebajikan Awam untuk Asia Sihat.

0 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: