• Rashidah Ibrahim

Kembara Mekong


Kembara di Delta Mekong adalah antara aktiviti wajib bagi mereka yang melancong ke Vietnam. Anda boleh memilih mana-mana pakej travel untuk kemudahan lawatan secara berpandu.


Harga untuk lawatan sehari ke Myo Tho Ben Tre Mekong dikatakan sekitar 7USD atau bersamaan RM24 (145000vdn). Andai mengambil pakej lawatan menerusi hotel harga lebih tinggi sedikit, dalam 10USD. Apa pun, sila semak harga terkini.

Disebabkan mengikut harga pakej untuk keseluruhan lawatan di Vietnam, maka kami tidak ambik kisah berapa bayaran untuk individu bagi lawatan di Delta Mekong. Yang penting, bayaran sudah termasuk ke semua tempat lawatan yang dijadualkan.

Seperti hari sebelumnya, kami menaiki bas mini ke jeti untuk menaiki bot untuk kembara ke Delta Mekong. Di jeti utama, kami menaiki bot besar melalui kawasan perairan yang luas untuk lawatan ke salah satu pulau.

Jadual lawatan pulau termasuk menyaksikan kegiatan industri kampung, antaranya membuat coklat daripada santan kelapa dan menaiki kereta kuda.


Menaiki bot untuk ke pulau.



Gambar menunjukkan suasana di kawasan jeti, iaitu destinasi pertama sebelum memulakan program lawatan ke perairan dan pulau di Delta Mekong. Banyak bot sedang menunggu untuk membawa pelancong ke pulau seberang.

Cuaca panas dan cerah menawarkan pemandangan indah dengan panorama warna biru syahdu. Di kawasan perairan delta yang luas, suasananya adalah seperti di kawasan pantai.

#kembara #mekong

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: