• Rashidah Ibrahim

Kereta Lembu, Rodanya Dua...


Suasana kampung di wilayah Kratie, Kemboja seperti Malaysia pada tahun 50 dan 60-an, penduduk masih menggunakan kereta lembu untuk mengangkut barang. Jalan utama masih bertanah merah, berdebu tanpa turapan tar. Kediaman berupa rumah kayu usang jenis berlantai panggung (bertiang tinggi).


Pertama kali melihat kereta lembu lalu lang di jalan merah, kami sangat teruja dan sememangnya terkesan suasana kampung, apa tah lagi apabila kami dibawa melalui pengalaman menyemai padi di sawah dan menaiki sampan di sungai.


Kereta lembu kenderaan utama untuk mengangkut barang dan berulang alik ke tempat kerja.

Merasa sendiri pengalaman menyemai pokok padi di bendang. Masing-masing tidak melepaskan peluang mencuba. Bagi mereka yang berasal dari bandar dan tidak pernah melalui pengalaman itu, tentulah teruja.

Bergambar kenangan selepas dibawa menaiki sampan, meninggalkan kenangan manis di hati peserta Yayasan Salam dan wartawan.

#kemboja #lembu

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: