• Rashidah Ibrahim

Kesan pada budak kena rotan, tampar dan dicop teruk! Sekadar menyebut beberapa contoh.



Tulisan ini tidak memihak kepada sesiapa dalam kes cikgu Izat dan ibu bapa yang viral kini. Sekadar meluahkan apa yang terimbau di fikiran.

Pasal cikgu marah budak sampai tampar atau rotan kerana nakal bukan tak setuju, asalkan tak cedera, hanya rasa sakit perit sejam dua, okey la.

Bagi budak serik baguslah, supaya dia tak ulang kesalahan, ingat lagi betapa tensionnya semasa di sekolah rendah, tiba subjek matematik je seriau, takut betul pada Mr Sohan Sigh.

Masuk kelas je terus soal sifir mengejut-ngejut, sambil pergi ke setiap seorang murid dengan rotan halus di tangan! Tak dapat jawab, pelepuk rotan atas telapak tangan.. berbirat!! Memang setiap hari kena hafal sifirlah jawabnya untuk bersiap sedia untuk mejnawab soalan cikgu garang tu!

Ni kawan-kawan dari Kelas Biru Sekolah Rendah Jenis Kebangsan Inggeris, Jerantut (SRJKI), mesti ingat kenangan ni sampai bila-bila!

Ada juga cikgu suka denda berdiri atas kerusi, ini tak sakitlahkan tapi hati yang sakit sikit, sebab malu..tetapi kalau berdiri berjemaah (ramai-ramai) hilanglah rasa malu, sebab semua kena. Ha ha.. Ini selalunya untuk kesalahan bising satu kelas!

Betul kita dulu, kenda denda di sekolah tak pernah cerita ke mak pak pun. Sebab ia perkara biasa.


Tapi time mak pak sekarang, ada sedikit kepekaan.

Ada cikgu sangat bertolenrasi tidak terus report pada ibu bapa dia guna cara diplomasi untuk `jinakkan` budak yang nakal. Sebab kalau dia terus adu kepada ibu bapa, jadi apakah fungsi dia sebagai guru disiplin untuk menukar karektor budak yang nakal kepada baik? Tugggu bila dia dah gagal, barulah adu dan panggil ibu bapa berbincang.

Setakat panjat pagar pergi beli barang, tu ha ha mungkin tak teruk, sangat kut kesalahan, bergantung pada niat nak pergi membeli barang makanan seperti maggi ke nak pergi cari dadah, atau bergaul dengan budak jahat, selidiki dulu tujuan mereka sebelum diberi jenis denda dan hukuman.

Ada satu kes, entah apa sebabnya seorang pelajar ni, pelajaran makin menurun sewaktu di MRSM, dipanggil mengadap guru besar, di depan anak si ibu bapa berbincang dengan guru besar, tanya si anak, dia senyap je tak menjawap sepatah pun.

Guru besar buntu dan naik angin lalu terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya di hadapan ibu bapa terbabit, yang ibu bapa paling marah apabila guru besar berkata,”Budak ni bila besar nanti, tak jadi apalah!:”

Wah berderau darah ibu baba berkenaan, bukankah itu satu doa, tak bagus seorang guru atau orang tua cakap begitu pada budak. Bukankah lebih manis, kalau dia merungut begini, "budak ni, tak tahu nak jadi apa bila besar nanti?”

Bukan dia boleh menentukan nasib seseorang anak! Patutnya doa yang baik-baik!

Satu lagi apabila budak yang nakal, diberikan markah terburuk dalam rekod disiplin, itu memang tidak bagus, kata seorang budak yang mendapat penilaian rekod seperti itu.

"Buat apa nak simpan laporan dispilin kalau ia tertulis teruk, nak tunjuk pada siapa?" Nampak gayanya dah insaf dia. Tapi terkenangkan laporan buruk tu, tersimpan rasa tidak puas hatinya pada cikgu tu sampai bila-bila.

Katanya, memang dia koyakkan laporan tu!.

Betul juga, budak walaupun nakal suatu ketika dia akan tersedar juga dan tahu kesalahannya (bila dah matang), cikgu pun kena hati-hati dengan rekod penilaian disiplin pelajar.

Jangan apabila rekod akademiknya dah cemerlang, tengok rekod disiplin buruk, terus gagal dapat kerja. Bukankah ini menyulitkan lagi masa depan dia?

Apa pun, semua nasib Allah yang tentukan...

Peri hal budak pertama tadi, yang dikata oleh guru besar, ‘bila besar nanti tak jadi apa`, sekarang elok je kerja dengan satu syarikat korporat, berkedudukan di bahagian pembelian barang harga berjuta-juta lemon duit, dan terdedah pada risikon sogokan rasuah. Dia yang menentukan pemilihan pemberian tender untuk sesiapa tetapi sangat tegas, tidak terlintas pun untuk mengambil rasuah kalau disogokkan.

Alhamdulillah kalau dia berfikiran begitu, ibarat katanya biar nampak sengkek, asalkan tidak rambang mata terbabit dengan perbuatan salah tu. Dalam pada bermasalah semasa budak, ada juga fikiran baik dia bila dah dewasa.

Sebetulnya perjalanan hidup seseorang insan itu adalah lama dari usia remaja hingga masuk usia separauh abad, banyak perubahan boleh berlaku, yang jahat boleh bertukar baik, yang baik boleh bertukar jahat.. Wallahuahalam...


#masalahpelajarnakaldisekolah #dendamurid #kesankenarotan #tamparmurid #gurudanpelajar #panduanuntukguru #perasaanmuridyangdidenda

13 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: