• Rashidah Ibrahim

Krim Muka Untuk Kulit Sensitif, Apskin Rumusan Daripada Buah Epal



Berita baik untuk mereka yang mempunyai kulit muka sensitif. Satu produk krim muka kecantikan untuk kulit bermasalah, iaitu krim muka Apskin Untuk Kulit Sensitif yang dirumus daripada buah epal untuk kulit sensitif telah dilancarkan di ibu kota baru-baru ini.

Majlis pelancaran krim muka Apsken untuk kulit sensitif diadakan disebuah restoran itu dihadiri oleh selebriti Malaysia, pelakon Noniswara dan Neera Azizi.

Apa yang menariknya, krim muka Apskin untuk Kulit Sensitif ini dihasilkan melalui kajian peringkat pengajian kedoktoran falsafah (PhD) Dr Vincent Chabdrawinata yang berjaya menemui anti oksidan phenolics yang baik untuk kulit. Krim Apskin ini sesuai bagi pengguna yang menghadapi masalah kulit terutama mereka yang mempunyai kulit sensitif


Antioksidan phenolics yang terdapat dalam Apskin untuk kulit sensitif ini mampu merawat dan memperbaiki kulit di peringkat sel. Selain itu ia juga boleh melicinkan kulit anda.

Menurut Dr Vincent lagi, Krim muka Apskin untuk kulit sensitif dikatakan mampu memperbaiki kulit muka seperti jerawat, jeragat dan juga untuk penghasilan kolagen selain boleh mengurangkan kedutan halus. Ia juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit seperti eczema.


Produk ini dikeluarkan oleh syarikat dari Australia iaitu Renovatio Bioscience.

Bagi pengguna di Malaysia buat masa ini, krim muka Apskin boleh didapati melalui atas talian di www.biovida.com.

#Apskinuntukkulitsensitif #Krimuntukkulitmukasensitif #Krimmukauntukulitbermasalah #DrVincentChabdrawinatapengasasApskin #phenolics

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: