• Rashidah Ibrahim

Lawatan ke Delta Mekong Vietnam, Terjumpa Kayu Api, Kandaran dan Dapur Kayu!


Kembara Vietnam: Destinasi di sebuah kawasan penempatan kampung di Delta Mekong, Vietnam.

Melalui sebuah penempatan desa di daerah ini, teruja melihat barang yang dikaitkan dengan kehidupan di kampung. Ketika itu kami sedang berjalan menuju ke satu anak sungai untuk acara menaiki sampan. Antara yang kami temui adalah timbunan kayu api, dapur kayu, dan alat kandaran.

Kayu api

Budak-budak muda yang lahir dan membesar di kota serta tidak pernah menjenguk kampung, mungkin tidak tahu apa itu kayu api dan kandaran. Kayu api adalah keratan batang atau dahan kayu kering yang diguna untuk memasak. Hujung kayu api dikumpul setempat di sekitar kawasan tungku masak, dicurahkan minyak api untuk dinyalakan. Nyalaan api itulah yang memanaskan periuk belanga atau kuali yang diguna untuk memasak atau memanaskan makanan.

Memasak menggunakan kayu api, segalanya dilakukan secara manual. Bagaimana nak menguatkan nyalaan api dan mengurangkannya? Tidak ada punat untuk dipusingkan bagi mengawal kadar api jika memasak menggunakan kayu api. Bagi menguatkan nyalaan, hujung kayu dirapatkan dan api ditiup dengan mulut melalui serombong buluh, cukup tiupan api akan menyala kuat. Bagi mengurankan api, hujung kayu di jarakkan, secara automatik nyalaan api akan berkurangan.

Bagi mereka yang tidak biasa memasak menggunakan kayu api, tentu berasa sukar bukan? Jika disuruh mencuba, mungkin tidak berjaya untuk memasang api. Apa pun bagi masyarakat kampung pada zaman dahulu, perkara itu mudah sahaja. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Kalau dah itu amalan seharian, tidak ada rasa susahnya.

Gambar bawah: Timbunan kayu api di sisi bangunan dapur. Rupa-rupanya masyarakat di sini masih menggunakan dapur kayu. Kita di Malaysia dah jarang pakai dapur seperti itu. Zaman tahun sebelum 70- an dulu ada la. Di kampung sekitar Delta Mekong di Vietnam ini, dapur kayu mereka terletak berasingan daripada rumah utama dan berdinding ala kadar. Mungkin in dapur untuk kegunaan di luar. Mungkin juga ada dapur minyak atau dapur gas di dalam rumah. Mungkinlah kan, kami tak la pula sempat untuk menyiasatnya.


Sebelum itu di tempat makan dan menjaja barangan, kami terjumpa alat kandaran. Apa pula tu? Ia adalah alat diguna untuk mengangkat barang. Ia dibentuk oleh sebuah palang kayu yang di kedua-dua hujungnya terdapat tempat meletak barang. Bagi menggunakan alat ini hendaklah diletakkan di atas bahu iaitu di bahagian tengah kayu kandaran. Sekali pandang macam alat penimbang. Barang yang dibawa di kedua-dua hujung kandaran hendaklah sama berat untuk keseimbangan. Lihatlah gelagat mereka, masing-masing tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan alat kandaran yang berisi nanas. (Gambar bawah)

Kita di Malaysia dah jarang pakai dapur kayu (Gambar bawah). Ini amalan zaman sebelum 70-an dahulu, sewaktu belum ada dapur gas. Dapur mereka terletak berasingan daripada rumah utama, dan berdinding separuh.


Kelihatan juga ayam peliharaan berkeliaran bermain di sekitar rumah. Gambar bawah menunjukkan seekor ayam jantan terkurung di bawah alat serkup.

"Sangatlah suasana kampungnya... apabila melihat ayam dalam sungkup besi ini."


Ala comelnya dia.. duduk seseorang diri dalam buaian jaring gantung. Buaian gantung seperti ini popular diguna pada masa itu.


Buaian popular di kalangan penduduk setempat. Digantung pada tiang bawah teduhan berhampiran rumah. (gambar bawah).


#deltamekong #vietnam #sungaimekong

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: