• Rashidah Ibrahim

Lilin Penyeri, Tegak Berseni


Lilin yang biasanya dijadikan penyuluh ruang, kini tidak lagi diguna untuk fungsi asalnya. Sebaliknya pada zaman moden yang mana lampu elektrik menjadi alat utama menerangi ruang, kegunaan lilin kian bertukar sebagai ornamen atau penyeri. Saksikan kreativiti unsur hiasan itu, dalam rencana Lilin Penyeri, Tegak Berseni.

Pelbagai bentuk lilin dicipta dengan aneka bentuk dan warna untuk dijadikan hiasan ruang. Pancaran seri terserlah menerusi warna dan bentuk lilin yang unik, direka daripada sekecil ukuran yang boleh diletakkan di tapak tangan sehinggalah kepada besar setinggi manusia. Lihat betap besarnya lilin hiasan dalam rencana tajuk Lilin Penyeri, Tegak Berseni ini.


Suasana lobi hotel yang dihias dengan replika hiasan `lilin daripada lilin`.

Hiasan lobi hotel.

Mengunjungi sebuah hotel di kota Singa tidak lama dulu, mata tertumpu pada ornamen lilin yang disusun sekelompok, menghiasi ruang legar atau lobi. Badan lilin gergasi itu dibentuk persegi tegak di samping ada juga bergaya unik, seperti bentuk pasu atau mangkuk besar.

Menariknya lilin di bahagian atas atau permukaan mangkuk replika ditebuk bulat kecil dan diisi dengan kepingan lilin halus, bagi mempelbagaikan gaya rekaan sekali mencuri perhatian pengunjung.


Mangkuk lilin hiasan dilletak atas kaki tiang persegi.

Himpunan lilin warna merah, putih dan kelabu diletak bergandingan, dengan gaya susunan tersendiri, ternyata himpunan ornamen lilin gergasi itu berjaya mewujudkan suasana menawan di ruang lobi berkenaan.

Tidak hairanlah kalau ada individu merakam penataan ruang berkenaan berkali-kali, sekadar menghargai gaya dekor dan tidak kurang juga yang mengambilnya sebagai rujukan penataan untuk diguna pada waktu dan tempat yang diperlukan.


Replika mangkuk lilin, menghiasi ruang lobi.

Hiasan perayaan

Lumrahnya sejumlah ornamen dekoratif bisa dipilih untuk memeriahkan suasana Natal dan Tahun Baru. Berikutan adanya permintaan, justeru ada kelompok yang menekuni pembuatan lilin hiasan. Usaha ini antaranya ditekuni oleh ditekuni Listyani S. Sidik, di Jawa Barat, Indonesia.

Bahan yang dipilih Listyani dalam pembuatan lilin sebagai unsur dekorasi adalah stearin yang terhasil daripada kelapa sawit. Menurutnya, sebelum ini lilin dibuat daripada parafin. Lilin jenis ini mempunyai kelemahan iaitu cepat habis apabila dibakar.


Permukaan mangkuk lilin ditebuk bulat, dan diletakkan lilin sebenar. Lilin dalam lilin.

Keunggulan lilin stearin daripada produk alami iaitu tumbuhan adalah lebih selamat. Lebih menarik lagi proses pembakaran lilin stearin tidak mengeluarkan asap hitam bahkan baunya juga neutral.

Dua jenis lilin

Lilin untuk kegunaan harian dicetak langsung dan dijual murah sementara lilin dekorasi dibuat melalui beberapa tahap.

Awalnya lilin dicairkan, kemudian dicetak reka bentuk seperti diinginkan.


#lilin #lilinberseni #hiasanlobi #lobihotel #ilhamkreatif #ilhamdarililin #anekabentuklilinhiasan

9 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: