• Rashidah Ibrahim

Makan cangkung ?


Di Wilayah Kratie, Kemboja, kami sekumpulan media bersama-sama pasukan sukarelawan Salam dari Malaysia, mengadakan program bersama penduduk kampung bersempena sambutan Aidil Adha beberapa tahun lalu.


Selama tiga hari dua malam sukarelawan menjalankan aktiviti memberi sumbangan derma untuk menyiapkan pembinaan masjid dan menyampaikan sumbangan peralatan telekung dan kopiah.

Tidak dapat dilupakan pengalaman tidur di rumah kayu kampung. Kami dibahagaikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan kami menginap di kediaman ketua kampung. Rumahnya bertiang tinggi tanpa sebarang perabot. Tiada bekalan elektrik, pada sebelah malam bilik yang kami tumpangi tidak berlampu. Teraba-raba dalam kegelapan mencari pakaian dan telekung untuk solat. Ruang tamu dan dapur diterangi lampu minyak tanah.

Gambar kanan: Penduduk kampung di sini membuka gerai minuman di bawah rumah. Kaum ibu duduk mencangkung di atas papan sewaktu makan, nampak pelik pada pandangan mata kami tetapi menjadi budaya masyarakat di situ.

Gambar kecil tengah, wartawan bersama wakil sukarelawan. Gambar bawah sekali: Penduduk kampung dan ahli sukarelawan lelaki bergotong-royong memasak dalam kawah untuk kenduri sempena rakaman raya korban.

Menu, acar tomata sedang disediakan untuk dimakan bersama nasi daging yang dimasak khas oleh seorang tukang masak yang dibawa khas dari Kedah. Gambar bangunan kecil: Masjid yang hendak disempurnakan pembinaannya.


Berjalan-jalan di sekitar kampung, kebetulan dengan waktu penduduk kampung berjualan. Mereka menghampar pelapik dan meletakkan barang jualan termasuk ikan segar. Gambar di atas: Lihat bagaimana gelagat kaum wanita sewaktu makan di gerai bawah rumah. Duduk mencangkung di atas palang papan sambil menghirup makanan.

Gambar kecil: Wanita tua itu mengangkat tangan memberi isyarat jangan diambil gambarnya. Takut melihat wajahnya yang masam. Gambar kecil di tengah: Wakil TV3 (bertudung merah jambu), duduk di atas pangkin bersama penduduk kampung sewaktu rakaman siaran. Gambar besar bawah sekali: Penjual sedang menimbang ikan menggunakan dacing tradisional sambil diperhatikan bakal pembeli.

#kemboja

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: