• Rashidah Ibrahim

Masalah gangguan di dalam rumah, mengapa ada bunyi guli berdenting, perabot diseret?


Rumah yang lama ditinggalkan, besar risiko terdedah kepada gangguan.




Budak tak ada dalam rumah tetapi ada bunyi guli berdenting. Siapa yang main? Tak ada orang di tingkat atas, tetapi bunyi perabot diseret. Siapa tolak atau tarik perabot? Bukan seorang dua yang melalui pengalaman seperti ini.


Bagi sesetengah orang ia semacam satu perkara lumrah. Ada yang membiarkan saja keadaan begitu selama berpuluh tahun, kerana walaupun bunyi itu misteri tetapi ia tidak mendatangkan apa apa kemudaratan.


“Rumah saya dulu macam tulah. Semasa anak mesih kecil, apabila dengar berdenting, saya ingat anak sedang main guli. Apabila anak pergi sekolah, ada lagi bunyi itu, saya fikir anak jiran sedang main guli, hakikatnya tidak pun. Tidak lama kemudian katanya, bertambah pula bunyi lain, kedengaran seperti perabot diseret.


Menurut Datuk Seri Ustaz Suhaimi Rozali dalam satu temuramah di TV1, bunyi semacam itu sebenarnya adalah tanda ada gangguan di dalam rumah. Kadang-kadang gangguan datang daripada rumah dan ada juga berpunca daripada tapak rumah.


Mengulas mengenai perkära itu katanya, ada dua jenis gangguan membabitkan rumah.

Pertama, rumah itu sendiri ada gangguan melibatkan pemilik rumah itu sendiri. Ada juga kerana kes tanah, misalnya tanah A, dibina oleh orang lain dan diduduki pula oleh orang lain iaitu penyewa. Penyewa itu menghadapi gangguan. Dan gangguan itu datang dari luar rumah.


Dua perkära asas gangguan di rumah;


* pertama berkemungkinan benda dari luar masuk ke dalam rumah dan mengganggu penghuni.

* kedua, rumah itu sendiri ada gangguan. Boleh jadikan unsur gangguan itu berada di batang tubuh kita, di tulang atau otak kita.


Rumah yang ada gangguan menyebabkan pemilik rumah itu susah tidur, terjaga, tersentap, kena tindih.


Tanda rumah ada gangguan, boleh dikesan melalui penglihatan mata, misalnya nampak kelibat benda lalu. Dikesan melalui bauan, misalnya ada bau busuk atau wangi, yang bau wangi itu adalah karakter jin islam. Busuk jin kafir.

Malaikat sifatnya tiada berbau.


Tanda di badan. Maksudya ada gangguan pada badan seseorang Jin boleh berjalan dalam saluran darah kita. Kadang-kadang kita bangun pagi kelihatan tanda lebam di tubuh, itu antara tandanya rumah itu ada gangguan.


Adanya unsur itu di dalam rumah juga boleh dikesan apabila nasi yang kita masak mudah basi, bunyi benda seperti guli bergolek dan sebagainya atau perabot diseret.


Kalau dalam rumah ada dua penghuni, seorang saja yang dengar, kemungkinan gangguan itu pada orang yang mendengar saja, mungkin dirinya ada saka. Jika seorang sahaja mendengar tanda dia ada pancaindera keenam - dia boleh dengar yang orang lain tidak dengar, sebab dalam badan dia ada benda yang sama dengan benda di luar.


Kalau dua-dua orang boleh dengar, gangguan itu datang dari rumah berkenaan. Mungkin juga ada kejadian sihir.


Adanya gangguan dalam rumah boleh menyebabkan keadaan di dalam rumah selalu tegang, suami isteri sering bertengkar. Jenis jin yang mengganggu dalam rumah dikenali Dasim, ia mengganggu di tempat tidur - bila tidur kita selalu mimpi benda pelik. Apa yang patut kita buat untuk mengatasinya, alih tempat tidur, pusing badan ke arah lain. Orang dulu, amalkan beralih katil atau pusing katil ke arah lain, ubah sampai sampai jumpa posisi yang apabila tidur, tak diganggu lagi.


Kalau kita orang dewasa tidak mengalami apa-apa, gangguan mungkin terkena pada bayi kerana jiwanya tidak kuat. Kalau bayi menangis tidak menentu, tengok dulu pada keadaan dia, mungkin menangis kerana peralihan peringkat kandungan ke alam dunia, peralihan peringkat usia, mungkin kembung perut, kalau semua faktor ini tidak terbabit barulah kita boleh andaikan kemungkinan ada gangguan lain.


Bagi mengatasinya, perdengarkan ayat kursi, kalau si ayah baca dia lagi kuat menangis, mungkin bapa dia ada jin, mungkin bapa tak solat. Selepas baca ayat, tiup pada ubun ubun bayi. Kemudian letak ibu jari kita dalam langit-langit (dalam mulut), sapu pada kening anak dengan ibu jari berkenaan, untuk menutup hijab dia.


Berlakunya gangguan juga ada kala berkait dengan beberapa perkära misalnya

kedudukan atau lokasi rumah. Misalnya lokasi di muka jalan yang bersimpang, bimbang ia menjadi laluan makhluk halus. Kalau kita berkongsi atau bertempuh jalan dengan dia, itulah yang selalunya berlaku gangguan. Jadi elak bina atau beli rumah di kawasan simpang.


Mungkin rumah itu pernah dijadikan tempot pemujaan, elak beli rumah yang mempunyai sejarah begini. Sebagaimana kita tahu sesetengah agama lain atau orang tertentu mengamalkan ibadat pemujaan di dalam rumah, yang mana kita tidak tahu, jika kita menduduki rumah yang bersejarah begitu, tidak hairan kalau berlakunya gangguan di dalam rumah itu.


Kalau rumah hendak masuk rumah baru, kita selidiki mungkin rumah itu tapak lombong, tempat timbun sampah atau tapak bukit yang menjadi tempat tinggal makhluk itu. Kita sebenarnya pergi ke tempat dia, kerana itu dia kacau kita. Ingin membeli atau menyewa rumah, selidiki juga adakah rumah itu telah dibiarkan kosong terlalu lama? Rumah terbiar lama semestinya besar risiko ada gangguan.


Berhubung perkara ini, kerana itulah orang dulu dulu ketika hendak bina rumah, mereka berkomunikasi dahulu dengan makhluk berkenaan supaya dia tidak ganggu kita. Boleh juga memba@a yasin pada air dan letak di empat panjuru rumah. Justeru, dalam membuat keputusan untuk membeli atau menyewa rumah, ustaz menyarankan kaji dulu sejarah, keadaan, amalan pemilik rumah atau orang yang duduk sebelum itu.


Sihir di rumah boleh memusnahkan rumah tangga.

Misalnya satu kes, pasangan baru kahwin, menyewa rumah, selepas lima bulan suami jadi baran, isteri jadi takut hendak balik ke rumah, suasana tak tenteram. Menurut isteri, balik rumah suatu hari pada waktu maghirb, macam ada orang sedang memerhati, sering mimpi tak elok, seram, mimpi ada lembaga baju putih sedang memerhati. Rawat dengan ustaz, didapati memang rumah itu ada gangguan. Tidak tahan dengan keadaan gangguan akhirnya mereka berpindah daripada rumah itu.


Gangguan sihir di kedai, selalunya memberi kesan kepada pelanggan. Kalau kedai makan, kedai makan itu tak kan laris, mungkin telah disihir. Ada pekedai nak jualan laris, ambil pelaris daripada benda tak elok, ini boleh menimbulkan masalah kerana kita yang menjemput benda itu.



Bagaimana kalau kerusi yang statik ini tiada hujan tiada ribut tiba-tiba bergoyang? Tandanya???

Berikut petua nak masuk rumah baru.


Ikut langkah ini


Buat pembersihan atau pemulihan dalam rumahKeluarkan gambar dan patung yang ada dalam rumah. Pagar rumah,Peringatan penting, nak pagar rumah, pulihkan dahulu dalaman rumah itu. Seandainya anda pagar sebelum buat pemulihan dan dalam rumah itu ada benda, benda itu akan terperangkap di dalam rumah. Ini juga akan menimbulkan masalah.Dalam kes begini, langkah memagar tidak menyelesaikan masalah.

0 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: