• Rashidah Ibrahim

Melihat Lebah Ternak


Lagi Kembara Vietnam.

Melawat tempat ternak lebah adalah antara kegiatan tumpuan di salah sebuah pulau di Delta Mekong yang kami singgah. Seorang demi seorang memberanikan diri untuk memegang bingkai yang menjadi sarang serangga pengeluar madu itu.

Selepas mendengar taklimat mengenai kegiatan penternakan lebah, pengunjung dipersilakan untuk minum air campuran madu, sebelum disajikan dengan hidangan tengah hari. Kami menjamu selera sambil mendengar nyanyian tradisional oleh `Ladies in pink`.

Lawatan ke Delta Mekong adalah antara program menarik untuk disertai sewaktu di Vietnam.

Fakta mengenai lebah:

  • Allah swt mengilhamkan kepada lebah untuk hidup di pokok, gunung-ganang dan struktur bangunan. Ini bermakna serangga itu bukan hanya hidup di hutan bahkan boleh bersarang di dinding rumah sehingga menghasilkan madu.

  • Lebah ialah sejenis serangga yang hidup dalam satu koloni besar semacam anai-anai dan semut.

  • Ada lebih 2,000 spesies lebah, yang hidup denagan makan debunga, nektar atau manisan bunga dan cecair buah-buahan.

  • Mulut lebah mempunyai alat untuk mengerat, menggigit dan menghisap.

  • Satu koloni lebah pada satu sarang mengandungi berpuluh ribu lebah, apabila diletak di satu kawasan yang ada makanan, ia akan membiak dengan sendiri.

  • Dalam kegiatan komersil, manusia membantu menyediakan sarang dalam bentuk kepingan jaring bingkai dan meletakkan satu koloni mengandungi ratu dan pekerja untuk diternak.

  • Ratu sangat penting pada satu-satu koloni, ia boleh mengawal beribu-ribu lebah pekerja di dalam sarang. Hormon yang ada pada ratu berkenaan menghalang lebah pekerja di sarang itu daripada lari ke sarang lain.

  • Satu lebah pekerja hanya boleh hidup di sarangnya sahaja, dan tidak boleh hidup di sarang lain.

  • Setiap konloni ada bau yang berbeza, walaupun lebah kelihatan samasa sahaja dari segi lahiriah, jika seekor lebah tersesat masuk ke rumah (sarang) lain, ia akan diserang oleh lebah sarang berkenaan dan akhirnya ia akan lari mencari sarang asalnya.

  • Kalau ada 100 kotak lebah, maka terdapat 100 bau yang berbeza yang hanya diketahui oleh lebah itu sahaja.

  • Lebah pekerja di satu sarang diperintahkan atau dikawal oleh seekor ratu.

  • Perbezaan antara lebah dengan ratu adalah dari segi rupa bentuknya. Tubuh ratu lebih besar, usia lebih panjang daripada lebah pekerja.

  • Sepanjang hidupnya, ratu diberi makan makanan khusus, iaitu royal jelly atau jeli diraja yang dihasil dan diberikan oleh lebah pekerja.

  • Lebah pekerja adalah lebah betina juga dikenali askar, bertugas mencari makanan dan mengumpul manisan bunga, menjaga dan juga memberi makanan kepada anak lebah ratu dan lebah jantan.

  • Makanan dalam bentuk jeli diraja disediakan oleh lebah pekerja, yang dihasilkan di sarang berkenaan.

  • Jika ratu mati pada satu koloni, sel ratu yang terdapat pada sarang akan melahirkan ratu yang baru.

  • Semasa bertelur ratu akan meletak satu biji telur dalam sel, telur yang menetas akan dijaga oleh lebah dan diberikan makanan jeli diraja sahaja. Sel yang besar akan menjadi ratu, ia akan diberikan makanan jeli diraja yang terhasil daripada pollen. Lebah pekerja bertanggungjawab memberikan makanan kepada ratu sejak ia masih dalam bentuk sel.

  • Apakah pula fungsi lebah jantan? Tugas lebah jantan hanyalah untuk mengawan dengan ratu.

  • Lebah jantan tidak mempunyai sengat seperti mana lebah betina atau lebah askar. Lebah jantan tidak pandai mencari makanan. Ia mendapat suapan makanan daripada lebah pekerja/lebah betina/askar.

  • Menariknya lebah mengawan di udara, membabitkan ratu dan lebah jantan. Satu ratu mengawan dengan banyak lebah jantan.

  • Lebah jantan mempunyai satu tempat berkumpul khas jauh daripada sarang, ratu akan pergi ke pusat berkenaan untuk mengawan. Selepas `berkahwin` di sana, ratu akan pulang ke sarang, dan dalam dua tiga hari kemudian akan bertelur.

  • Satu permaisuri boleh mengawan dengan 5 hingga 12 jantan untuk berkahwin, bergantung saiz kantung sperma.

  • Lebah jantan akan mati selepas mengawan dengan permasuri, tugas utamanya hanyalah untuk menghasilkan zuriat.

  • Menariknya, ia mengorbankan diri sendiri selepas memberikan spermanya atau berkahwin dengan ratu. Dengan erti kata lain, si lebah jantan menggadaikan nyawanya untuk memindahkan baka kepada kehidupan baru.

  • Menurut pengkaji lebah, Harun Yahya, stuktur fizikal lebah adalah bukti unik kejadian oleh Allah swt.

  • Lebah pekerja mencari nektar, manisan dan cecair bunga, debunga.


Memberanikan diri memegang sarang sarang ternak lebah.

Selepas itu dijamu miniman madu.


Norizan bergambar dengan awek Vietnam.


in pink menyampaikan nyanyian mengikut irama muzik.


#vietnam #hochiminh #peliharalebah

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: