• Rashidah Ibrahim

Panorama Nyaman Lagi Tenang di Tasik Chini

Tasik Chini adalah antara 12 rangkaian tasik berdekatan Sungai Pahang iaitu tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggirannya didiami masyarakat asli, Jakun dan menjadi habitat sumber biologi, 138 flora dan 300 vertebra bukan akuatik dan 144 spesies ikan air tawar.

Peluang menyertai program Kembara Akar Budi anjuran Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dari 17 hingga 20 April 2014, membawa kami sekumpulan penulis ke kawasan peranginan terpencil itu. Ini adalah kunjungan pertama penulis ke destinasi berkenaan, sekali gus memenuhi impian untuk ke sana yang dipendam selama ini.

Usuai program bersama keluarga angkat membabitkan kumpulan pelajar dan penduduk Kampung Baru Penyor, Pekan, kami diberi peluang menaiki bot menyusuri tasik berkenaan.

Atur cara menyusuri tasik berlangsung jam 5 petang, dengan permulaan perjalanan dari jeti berhampiran Chini Lake Resort membawa kami sehingga ke Sungai Chini dan berpatah balik apabila sampai di destinasi dikenali Lubang Ular. Nama itu dikaitkan dengan cerita misteri yang tersendiri.

Dengan nilai keunikan semula jadi dan mitosnya, menjadikan Tasik Chini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang unik. Kami difahamkan, pada Jun hingga September permukaan tasik menjadi lautan teratai. Bagaimanapun kegiatan mengempang untuk mengekalkan kedalaman air semasa musim kering dikatakan menganggu habitat sesetengah tumbuhan.

Menjelang senja, bot yang kami naiki secara konvoi, sampai ke jeti. Saya sempat merakam panorama syahdu berlatarkan langit jingga sebelum siang melabuhkan tirai. Dari pelantar jeti, saya turut merakam gambar daratan.

Kelihatan unit rumah Lake Chini Resort, tempat kami menginap selama tiga malam sewaktu menyertai program Kembara Akar Budi.

Sepanjang perjalanan, hati resah dan bimbang mengenang pelbagai ragam cerita misteri mencuakkan. Sesampai di jeti perasaan lega apabila perjalanan kami menyusuri tasik dan Sungai Chini selamat.

#tasikchini

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: