• Rashidah Ibrahim

Petua Mudah Legakan Sakit Kepala Kerana Angin



Petua mudah legakan sakit kepala kerana angin? Sakit kepala ada bermacam jenis sakit, misalnya sakit berdenyut-denyut, sakit sikit-sikit atau sakit apabila di tekan di tempat tertentu.

Ada juga mengaitkannya dengan migran. Sakit kepala tak sama dengan pening. Pening bukannya sakit tetapi rasa berpinau, atau pemandangan sekitar berputar. Ada pula yang menyatakan sakit jenis ini adalah vitago. Ia bukan satu kesakitan tetapi rasa ketidakselesaan apabila ia mengganggu pergerakan seseorang, tubuh menjadi tidak stabil apabila kita rasa pening. Cara terbaik adalah rehat dan pejamkan mata. Terkadang bila pejam mata, pun terasa berputar, pelik sungguhkan?

Yang ingin saya cerita di sini bukannya pening atau vertigo tetapi, sakit kepala - sakit yang membuat seluruh tempurung kepala terasa macam mengembang. Sudah dua tiga hari menahan sakit, berpunca daripada sakit gigi, kemudian sakit melarat kepada seluruh gigi dan gusi, kuatnya penangan sakit gigi itu.

Apabila sakit gigi yang berlubang lega, aik sakit pula di sekitar keseluruhan gusi, hendak memamah makanan pun terasa sakit semua bahagian. Sakit itulah yang membawa sampai ke kepala terutama di bahagian kiri dan kanan kepala, termasuk bahagian atas telinga atau hujung kiri dan kanan mata. Aiyoo sangatlah menyiksakan.

Bangun pagi tadi, sebab tak ingin hendak makan ubat panadol atau apa jua jenis drug untuk menghilangkan rasa sakit, saya cubalah picit picit di bahagian gusi yang sakit. Aik terasa ada bahagian yang sakit, tak ketahuan punca. Bengkak kah gusi ni, ya terasa macam bengkak. Mungkin juga saraf daripada satu dua gigi yang sakit ,menjalar ke seluruh gigi dan gusi. Teruknya penangan sakit gigi.

Ketika memicit gusi gigi dan terasa sakit, serentak itu juga keluar angin sendawa. Saya terus picit perlahan-lahan ke serata tempat, dan keluar lagi sendawa, makin kuat. Mungkinkah masuk angin? Gusi pun masuk angin ke? Suka hati je fikirkan puncanya. Yang pasti bila picit sendawa, picit saja sendawa. Jadi saya buat kesimpulan, sakit itu kerana angin.

Memang, angin ni benda pelik, benda yang kita tidak nampak. Tetapi sakit. Kemudian saya terus lagi picit naik ke atas, ke seluruhan kawasan muka termasuk dahi, tengah hidung, hujung kiri kanan mata seterusnya sampailah ke atas kepala dan belakang serta tengkuk. Memang sendawa berteruskan, ternyata ada angin juga.

Wah banyaknya angin.. terfikir juga nak pergi berurut di bahagian kepala.. tetapi serentak itu teringat pula, kalau diberi orang urut dan menyentuh bahagian kepala termasuk leher, bimbang tertekan kuat, kut ada terputus urat saraf nanti. Itu yang saya selalu bimbangkan, daripada nak melegakan timbul pula penyakit lain.

Jadinya, teruskanlah memicit sendiri kepala dengan hujung tangan...udah puas sendawa, sampaikan ada ketika macam nak termutah... muntahlah... muntah angin, apabila dah puas, berhentilah.

Tidak disangka, rasa sakit kepala beransur hilang. Kalau dari semalam tidak dapat nak merangkai kata menulis di papan kekunci ni kerana sakitnya kepala, kini dah boleh berfikir untuk menulis dan mengarang pengalaman terkini.

Kebetulan atau memang kerana dipicit sendiri, sakit kepala tu kian kurang, entahlah..

Apa pun selepas ini, kalau sakit kepala lagi, kita cuba segerakan picit sendiri, sebelum angin semakin banyak berkumpul di kepala sehingga masuk ke dalam urat saraf gusi serta lain-lain bahagian dan membengkak, tu fikir sayalah.

Ini tentunya bukan informasi dari sudut perubatan dan sains, sekadar secebis pengalaman seharian.

#sakitkepala #petuamudahhilangkansakitkepala #petuamudahlegakansakitkepala #sebabsakitkepala #bagaimanahilangkansakitkepala #pening

20,614 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: