• Rashidah Ibrahim

Rasa Nak Makan Stimbot, Kat Mana `Best`?



Jemu makan nasi berlaukkan kari mamak, apa kata kita cuba makanan stimbot pula. Restoran stimbot mungkin tidak banyak seperti restoran mamak atau kedai makan Melayu, tetapi ada. Anda boleh `search` dulu, untuk mengetahui di mana kedai untuk dicuba. Kalau anda rasa nak makan stimbot, mari kita cari kat mana best?

Riaseri ingin memperkenalkan kepada anda satu restoran stimbot di Lembah Klang. Pak John Steamboat & BBQ, nama diberi. Macam pelik saja bunyinya kan. Nama hasil gabungan sebutan Timur dan Barat.

Kenapa diberikan nama Pak John? Menurut pihak pengurusan, mereka merasakan nama itu lebih mudah dan `friendly` iaitu menzahirkan kemesraan dalam hubungan seharian.

Namun yang lebih penting, tersedia 160 pilihan bahan makanan rebus dan panggang dihidangkan bersekali 20 jenis sos dan sambal. Pelanggan boleh pilih yang mana suka dengan harga RM42.90++. Malah ada beberapa masakan panas yang siap dimasak disajikan. Berbagai hidangan masakan dijamin segar dan berkualiti termasuk DimSum, Kepingan daging Lembu, Kambing, Itik dan Abalone.


Cawangan pertama restoran Pak John dibuka Disember lalu di kompleks beli belah, IOI City Mall, Puchong, enam tahun selepas pembukaan restoran pertama di e-Curve, Mutiara Damansara. Pembukaan cawangan itu diadakan sempena ulang tahun ke enam restoran berkenaan.

Dengan modal permulaan RM40,000 untuk pembukaan kios kecil, kini Pak John berkembang menjadi dua restoran masing-masing boleh menempatkan 150-200 pelanggan satu masa.

.


Menurut Pengarah Urusan, David Chong, keistimewaannya, aneka hidangan dipastikan segar dan berkualiti.

Turut disediakan pencuci mulut meliputi buah, cendol, sagu gula Melaka, tembikai susu cair, waffle, ais kacang, ais krim serta pelbagai jenis minuman sejuk dan panas. I

Majlis Pembukaan Cawangan baru Pak John Steamboat & BBQ disempurnakan oleh selebriti, pelakon dan pengarah Datuk Rosyam Nor.



Rosyam Nor, nombor tiga dari kiri memotong riben sempena perasmian Restoran Pak John Steamboat & Grill di IOI City Mall.

#stimbotampBBQ #RestoranPakJohnSteamboatampBBQ #DatukRosyamNor #eCurve #IOICityMall

14 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: