• Rashidah Ibrahim

Sepintas lalu acara istimewa dan tarikan baru Hong Kong Disneyland 2018


Anda pernah ke Disneyland Hong Kong? Pelbagai tarikan baru sudah diatur untuk 2018


Kemeriahan di Disneyland Hongkong

MALAYSIA, 8 November 2017 - Tahun depan, Hong Kong Disneyland (HKDL) bakal memberi nafas baharu kepada alam keajaiban Disneyland dengan menawarkan pelbagai tarikan baharu mengujakan untuk segenap lapisan masyarakat.

Kini, 12 tahun sejak operasi HKDL dilancarkan, ia menawarkan destinasi resort paling menarik di bandar kosmopolitan Hong Kong bagi tetamu Malaysia. Taman tema ini memenuhi keperluan tetamu antarabangsa melalui penawaran pengalaman Disney yang sempurna kepada keluarga, termasuk bertemu sapa dengan Mickey, Minnie dan rakan-rakan mereka, serta Puteri-Puteri kegemaran ramai.

Di samping itu, ia memaparkan lebih 100 persembahan bertaraf dunia dan pelbagai daya tarikan di 7 kawasan tema, termasuk Fairy Tale Forest, serta persembahan pentas Mickey and the Wondrous Book yang dianjurkan secara eksklusif di HKDL. Golongan remaja pula berpeluang menikmati pelbagai tarikan berdasarkan kisah-kisah dan watak-watak Star Wars dan Iron Man yang mengujakan.


Sebagai taman tema Disney yang paling berhampiran dengan Malaysia, kami sedar bahawa

Malaysia adalah antara pasaran yang sedang berkembang dan paling penting di rantau Asia Tenggara, kata Samuel Lau, Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan HKDL.

HKDL terus melancarkan pelbagai tarikan baharu serta hiburan bertaraf dunia.

“Kami sangat mengalu-alukan lebih ramai tetamu dari Malaysia untuk mengalami pengalaman Disney pada 2018 yang tidak akan dapat dilupakan.

Bermula pada bulan depan, satu siri acara istimewa dan tawaran baharu

akan dilancarkan sepanjang tahun.

Royal Princess Garden bakal dibuka pada Disember 2017, di mana tetamu muda dapat merealisasikan impian mereka untuk menjadi puteri melalui persolekan yang istimewa di samping berpeluang merakam detik-detik bermakna bersama Puteri Disney kegemaran mereka di sesi foto.


Pelan Pembesaran HKDL

HKDL bercadang melancarkan tarikan pertama selari dengan pelan perkembangannya yang merentasi tempoh beberapa tahun termasuklah pelancaran pusat hiburan bertemakan Moana di Adventureland pada Mei 2018. Persembahannya bakal mengusik imaginasi para tetamu tanpa mengira umur!

Paling penting, Riaseri ingin kongsikan info dengan semua, jangan tak tahu ada surau disediakan untuk kegunaan umat Islam menunaikan ibadatnya!


Kemudahan surau turut disediakan.

#HKDL #HongKongDisneyland #acaramenariDisneylandHongKong2018

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: