• Rashidah Ibrahim

SKECHERS™ City Outlet Baru Di Pusat Beli-Belah IPC 6,600 kaki persegi, bakal butik terbesar di Asia



Sedang terfikir mencari kasut selesa untuk mengembara, tetiba mendapat jemputan daripada Skechers ke majlis pembukaan Skechers City Outlet baru di pusat beli-belah IPC, bagai orang mengantuk disorongkan bantal terus menerima jemputan itu dan betapa kagumnya berada dalam kedai kasut 6,600 kaki persegi, yang dikatakan bakal butik Sketchers terbesar di Asia Tenggara!

Cuba korang bayangkan, betapa gembiranya jemputan daripada kalangan wartawan, bloggers dan influencer apabila setiap seorang diberi penghormatan memilih dan membeli kasut dengan potongan harga RM150 menerusi baucer tanda terima kasih yang diberi. Masing-masing ghairah memilih dan teruja, tidak sabar untuk mejadi pengguna Skechers.

Bagi mereka yang sudah mengenali jenama itu sedia maklum mengenai keselesaan penggunaannya bak kata selebriti jemputan pada majlis itu, DynasMokhtar, badannya yang selama ini ada sedikit masalah dari segi kekuatan sendi dan tulang, terasa ringan apabila menggunakan kasut Skechers.

Menurutnya, jenama Skechers diperkenalkan kepada beliau oleh seorang rakan artis. Sejak mencuba kasut itu, dia sekeluarga kini menjadi pengguna setia kasut Skechers.


Skechers menawarkan kasut untuk semua peringkat umur, memiliki keistimewaan antara lainnya dari segi reka bentuk yang mementingkan keselesaan tapak dalaman yang lembut, tebal dan ringan.


13 Disember 2017, Petaling Jaya: SKECHERS USA, Inc (NYSE:SKX), sebuah jenama global yang terkenal dalam industri fesyen sukan dan gaya hidup kini membuka butik terbaru, Skechers™ City Outlet di pusat beli belah IPC di Mutiara Damansara. Dengan keluasan 6,600 kaki persegi, Skechers™ City Outlet akan menjadi butik jenama Skechers™ yang terbesar di Asia Tenggara.


Skechers™ City Outlet baharu ini menggabungkan kedai konsep yang mengetengahkan koleksi fesyen kasut dan pakaian terkini dengan bahagian yang mempamerkan rangkaian koleksi sukan serta gaya hidup yang hangat bagi memenuhi kehendak para pelanggan.

Skechers™ telah berjaya memenangi hati masyarakat Malaysia menerusi koleksi kasut bergaya dan selesa seperti Sport, D’Lites 2, Burst, USA, Bobs, Energy Lights, Twinkle Toes, the GOwalk dan GOrun, serta pakaian untuk bersukan seperti baju, seluar, bra top dan banyak lagi.

Skechers™ juga telah berkolaborasi dengan ramai selebriti terkenal seperti bintang hip-hop Korea Zico, kumpulan K-Pop terkenal EXO, pemenang anugerah multi-platinumMeghan Trainor, penyanyi dan penulis lagu Camila Cabello, model dan pelakon Kelly Brook, personaliti televisyen Brooke Burke-Charvet dan lagenda-lagenda sukan seperti Sugar Ray Leonard, Ozzie Smith serta Howie Long.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan butik bersaiz besar ini bagi mengetengahkan stail terkini disamping koleksi yang memberi pilihan luas kepada semua pelanggan Skechers™ di bawah satu bumbung. Pembukaan Skechers™ City Outlet terbaru ini mencerminkan kedudukan jenama Skechers™ yang kian meningkat di pasaran tempatan sejak membuat kemunculan pertamanya di Malaysia” kata Vincent Leung, Presiden of Skechers™ Hong Kong dan Asia Tenggara.


Skechers™ City Outlet yang terletak di pusat beli-belah IPC akan mempamerkan kira-kira 500 jenis produk Skechers™. Bahagian dalaman butik dikategorikan mengikut bahagian lelaki, wanita, kanak-kanak serta kategori pakaian bagi memudahkan para pelanggan untuk membuat pembelian.

Vincent turut menambah, “Kami tidak sabar untuk memperkenalkan lebih banyak koleksi dalam rangkaian kedai konsep kami kerana kami percaya jenama ini akan terus berkembang mengikut pelan pemasaran yang telah dirancang sepanjang 2018 nanti”.


Skechers Sport

Menjelang tahun 2018, Skechers™ dengan penuh semangat bukan sahaja berazam untuk menempatkan diri dalam kelompok 3 jenama terbaik di dalam kategori fesyen kasut malah turut berhasrat mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu pasaran bagi koleksi kasut untuk kegunaan berjalan. Skechers™ juga ingin memperkenalkan koleksi terbaharu dengan unsur-unsur lebih bergaya dan lebih selesa. Dalam masa sama, Skechers™ akan turut berkembang menerusi pembukaan 29 lagi butik baharu pada tahun depan sekaligus mencapai jumlah keseluruhan rangkaian jenama sebanyak 91 butik di Malaysia.


Selesa dipakai, kasut Skechers untuk kegunaan kasual.

Untuk makluman lanjut, sila layari www.skechers.com.my atau kunjungi ke laman Facebook Skechers™ di www.facebook.com/Skechersmalaysia/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi Skechers™.

SKECHERS™ CITY STORE OPENING RIBBON CUTTING CEREMONY

13 DECEMBER 2017

#skechers #SkechersCityOutlet #Sketcherssport #Skecherswoman #Skecherskids #SketchersCityOutletIPC #Kasutselesauntukberjalandanbersukan

30 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: