• Rashidah Ibrahim

Rahsia Ujian Allah, Mengapa Anda Diuji dan Tip Bagaimana Menghadapinya.

Updated: Sep 19, 2019








Hati hati bagi orang yang tak diuji langsung oleh Allah SWT. Kenapa? Okey jawab teruslah ya.... kerana ujian itu petanda Allah SWT sedang memberi perhatian kepada seseorang. Kenapa pula yang tidak diuji kena berhati-hati? Dikatakan kalau kita tidak pernah diuji dikhuatiri kita jauh dengan Allah SWT. Allah menarik kita kepadanya dengan memberi ujian supaya kita sedar yang kebergantungan kita sebagai manusia itu tidak lepas daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Ujian itu membuat kita pasrah dan terus berdoa kepada-Nya.

Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk.


Anda mungkin bersedih kerana sedang ditarik rezeki, kemiskinan melanda tiba-tiba. Rugi dalam perniagaan, kehilangan kerja. Impian tidak tergapai. Belum dikurniakan anak? Sedang difitnah. Perhubungan dengan pasangan atau rakan baik sedang melalui persengketaan? Kehilangan orang yang disayangi. Niat baik telah disalah ertikan. Dipulaukan tanpa mengetahui sebab. Kebaikan berpuluh tahun terhapus dek satu kesilapan atau adu domba musuh. Dituduh jahat, menganiaya dan sebagainya. Ada beraneka ragam hal boleh membuat anda bersedih atau marah.

Bukan saja kesedihan, bahkan timbulnya perasaan marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara atau seseorang tu juga ujian.


Dalam apa jua situasi ramai tak sedar dia sedang diuji. Maka jika kita diuji, tenang dan senyumlah. Kerana apa jua bentuk ujian yang menimpa, semua itu datangnya dari Allah SWT. Allah mahu melihat bagaimana kita menerimanya. Bagaimana kita bertindak balas terhadap ujian itu, mungkin disebabkan mertua, boss, rakan dan sebagainya, tidak kiralah siapa puncanya. Yang penting reaksi kita itu, mendedahkan sifat semulajadi diri kita, baik atau buruk, akan dinilai Allah dan orang di sekeliling. Tidak sukar menilainya, jika tenang dan redo kita dalam kategori baik, jika melepaskan kemarahan, meroyan tak tentu hala, sampai lupa diri, buruklah perangainya tu.


Sedari kita bahawanya;

Lagi tinggi darjat kedudukan seseorang di sisi Allah, maka lebih tinggi ujiannya. Orang beriman lagi banyak ujiannya, berpuluh kali ganda daripada kita. Para nabi menerima ujian dengan redo dan mereka lulus dalam semua ujian. Misalnya, Nabi Muhammad SAW mempunyai 7 anak, 6 daripadanya meninggal di hadapan Nabi, kata ustaz dalam video ni. Itu belum dikisahkan bab ujian fitnah dan penganiayaan ke atas baginda.

Nabi Ibrahim perkahwinan pertama dengan Siti Sarah tidak dikurniakan anak. Selepas berkahwin dengan Siti Hajar pada usia 85 tahun (Siti Hajar dipilih oleh Siti Sarah, orang muda). Hanya pada usia 86 Nabi Ibrahim dikurniakan anak, yang sangat disayangi. Usia anak tiga bulan, turun wahyu, ujian lebih besar! (Kisah kena korbankan anak).


Tersenyum saja anda yang jarang diuji ya? Jangaaaann. Kena hati-hati kalau kita tidak menerima sebarang ujian, kenapa? Sesungguhnya kesenangan dan keselesaan itu satu lagi bentuk ujian. Ia ujian lebih besar penyebab kita lalai dan lupa Allah. Diberikan kita kesenangan dan keselesaan berpanjangan kerana pada ketika itu, kita tidak berada dalam senarai perhatian NYA. Ah sedihnya. Tapi ada yang tak sedar tu.

Sekali lagi, wahai hati, sedarilah ujian itu petanda Allah SWT memberi perhatian kepada kita.

Tip menghadapi ujian Allah mudah sahaja;


* Kekalkan kesabaran,

* betulkan kesilapan

* Maaf memaafi, penawar hati

* Teruskan berdoa untuk mendapatkan pertolongan Allah swt.


Sekilas renungan, peringatan buat diri sendiri.


0 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: