• Rashidah Ibrahim

Video tular ‘Baby Shark’ kini dalam versi Bahasa Malaysia - Bayi Yu : Astro dan Pinkfong bawakan kae



Kelakar sungguh bagi seorang yang sudah lama tiada anak kecil tiba-tiba diajak ke majlis berkait dengan kanak-kanak, maka terpinga-pingalah. Namun bagi orang yang minatnya `serba jadi` tidak kisah kalau diajak ke mana majlis pun. Hari ini berada di majlis satu hebahan bertajuk, Video tular ‘Baby Shark’ kini dalam versi Bahasa Malaysia – Bayi Yu. Astro dan Pinkfong bawakan kaedah pembelajaran yang lebih menyeronokkan ke Malaysia.

Sebaik tiba ruang legar kompleks beli-belah tempat berlangsung acara, sesak dengan pengunjung. Terdengar suara pengacara, aktiviti sudah berlangsung di atas pentas. Namun tidak nampak apa pun. Dilindungi penonton, ramai daripada mereka membawa kanak-kanak.

Ia adalah majlis hebahan berkait minat kanak-kanak. Patutlah ramai daripada mereka membawa budak. Ada dipimpin, ada berdukung, hatta bayi pun ada. Di kepala masing-masing terdapat `tanduk` watak kartun comel, bergoyang-goyang. Di celah manusia, nampak kelibat watak kartun merah jambu di atas pentas sedang menari mengikut irama lagu kanak-kanak. Budak-budak kelihatan sangat teruja.

Astro kini menjalinkan kerjasama bersama Pinkfong, iaitu salah satu pembikin lagu kanak-kanak terkenal yang menghiburkan kanak-kanak di Malaysia. Pinkfong, adalah inspirasi SmartStudy yang popular dengan tarian dan nyanyian video ‘Baby Shark’. Fenomena terbaru dalam animasi kanak-kanak ini telah mendapat lebih dari 1.5 bilion tontonan dalam talian di seluruh dunia.

Demam video tular Bayi Yu, Do Do Do Do ini masih belum berhenti! 'Bayi Yu' kini di Malaysia! Dengar lagu ini sekarang secara eksklusif di Astro Best dan on demand, bersama-sama dengan 4 tajuk lagu baharu. Tidak cukup dengan Pinkfong? Boleh dapatkan barangan Pinkfong di Go Shop sekarang. Jangan lupa gunakan kata kunci #BayiYu #Pinkfong.


Demam video tular Bayi Yu, Do Do Do Do ini masih belum berhenti! 'Bayi Yu' kini di Malaysia! Dengar lagu ini sekarang secara eksklusif di Astro Best dan on demand, bersama-sama dengan 4 tajuk lagu baharu. Tidak cukup dengan Pinkfong? Boleh dapatkan barangan Pinkfong di Go Shop sekarang. Jangan lupa gunakan kata kunci #BayiYu #Pinkfong.

Ini intipati hebahan pada majlis itu,

  • Kerjasama antara Astro dan Pinkfong akan menyediakan 70 lagu, termasuklah 'Bayi Yu’, lagu popular ‘Baby Shark’ versi Bahasa Malaysia dan empat lagu baharu menerusi saluran Astro Best. Pelanggan Astro boleh membeli video muzik Pinkfong yang menjadi kegemaran anak-anak dengan harga RM10 sahaja untuk lima (5) hari tontonan.

  • Bermula 2018, rakyat Malaysia boleh menjangkakan perkembangan senarai video muzik Pinkfong di on demand. Bukan itu sahaja, tahun depan akan menyaksikan kehadiran video musik Pinkfong dalam Bahasa Mandarin, termasuk matematik, cerita dongeng bermoral dan peribahasa Cina

  • Astro merupakan platform yang membawakan kandungan video muzik Pinkfong, menyedari akan kepentingan kandungan pembelajaran yang menyeronokkan untuk anak-anak dan keluarga, dan bercadang untuk menawarkan lebih banyak pengalaman Pinkfong yang boleh dinikmati sekeluarga – biarpun dari segi event mahupun kandungan.

  • Go Shop membawa barangan eksklusif Pinkfong ke Malaysia termasuklah mainan Pinkfong dan buku-buku bunyian dengan lingkungan harga antara RM50 - RM80.

  • Orang ramai berpeluang memenangi barangan eksklusif Pinkfong dengan menyertai #BabySharkChallenge anjuran Astro. Caranya adalah, muat naik video anda bersama anak-anak anda yang sedang melakukan tarian 'Baby Shark' di Instagram atau Facebook dan gunakan kata kunci #BayiYu #BabyShark #SchoolsOut #BabySharkDanceWithAstro dan tag @astrocircle. Pastikan profil Instagram anda ditetapkan kepada awam supaya kami dapat melihat anda! Pemenang akan dimaklumkan melalui Facebook.

  • Naib Presiden Pengurusan Bahagian Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, "Astro sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik kepada pelanggan dan kerjasama Astro Bersama Pinkfong mengukuhkan lagi usaha kami dalam menawarkan pelanggan dengan lebih banyak kandungan edutainment. Kami telah membina asas pangakalan kanak-kanak yang utuh menerusi kandungan kanak-kanak yang asli dan berlesen, dan kini kami lebih teruja dengan adanya Pinkfong di sisi.”


Pengasas bersama Naib Presiden Kanan, SmartStudy(Pinfong), Ryan Seungkyu Leepula berkata, “Sungguh menyeronokkan melihat lagu-lagu dan video muzik Pinkfong mendapat sambutan amat memberangsangkan dari peminat di seluruh dunia seperti ditunjukkan oleh pertumbuhan pesat syarikat ini. Di Pinkfong, kami percaya apabila pembelajaran dibuat dalam suasana menyeronokkan, ia akan mendorong kepada kanak-kanak lebih fokus.”

"Kami juga bercadang menghasilkan kandungan ekslusif berciri tempatan khas untuk peminat Malaysia. Dengan ‘Bayi Yu’, kami harap dapat menarik rakyat Malaysia, sepertimana ‘Baby Shark’ berjaya menjadi satu fenomena tular di seluruh dunia. Dengan kerjasama ini, kami teruja untuk bekerjasama lebih rapat dengan Astro bagi menyampaikan pengalaman 360° menerusi kandungan menarik dan barangan-barangan Pinkfong untuk seisi keluarga.”


Cara penyertaan;

  • Pelanggan boleh membeli lagu-lagu dan video muzik Pinkfong di saluran Astro 481 untuk RM10.00 dengan tempoh tontonan lima hari, atau lawati laman web Astro First untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Sambungkan PVR anda untuk memuat turun dan menonton Pinkfong on demand, bila-bila masa dan di mana sahaja.

  • Tambahan, anda boleh memesan barangan eksklusif Pinkfong termasuklah plush toys dan buku bunyian menerusi aplikasi Go Shop atau di laman web.

  • Jangan lupa untuk menyertai #BabySharkChallenge Astro untuk memenangi barangan eksklusif. Pinkfong. Lawati laman web Astro Circle untuk maklumat lanjut.

#pinkfongastrobest #babyshark #astro #SmartStudy #babysharkdalambahasamalaysia #videotularBabyShark #astrobest #BayiYu

19 views

© 2017 Riaseri. Registration on or use of this site constitutes acceptance of our Terms of Service and Privacy Policy. Email us at myriaseri@gmail.com for any enquiries. Kuala Lumpur, Malaysia. 

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

Ikut kami di: